Gelombang Rakyat

Pak Lah Lelah Di Antara Menyokong Gesaan Pemimpin PR & Kehendak Rakyat Malaysia Atau Akur Bangkangan Dalaman UMNO Untuk 2 Agenda Reform

Tidak diketahui sama ada Abdullah Ahmad Badawi benar-benar ikhlas untuk melaksanakan reformasi Agenda Anti-Rasuah dan Penambahbaikan Badan Kehakiman.

Jika agenda ini dilaksanakan, ertinya satu lagi kejayaan untuk Pakatan Rakyat, di mana para pemimpinnya sedari awal telahpun menggesa supaya agenda ini terlaksana.

Ini juga adalah kemenangan beberapa NGO dan kemenangan Rakyat Malaysia untuk melihat parti politik, jenteraan kerajaan pusat dan negeri bersih daripada amalan rasuah, dan Badan Kehakiman yang berwibawa dalam kearifan.

Ataukah agenda ini tinggal impian sahaja, jika benar ada pemimpin tertinggi dalam UMNO dikatakan oleh Lim Kit Siang, membangkang kedua-dua agenda ini.

Selanjutnya sila baca di sini:

Profile

Lim Kit Siang

UMNO Top leadership opposing Abdullah’s reform bills for anti-corruption and judiciary?

With the end of the 31-day debate on the 2009 Budget last Thursday, the focus of the last six sittings of the current budget meeting ending on December 18 will be on two of the three reform measures which the Prime Minister, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, had promised to accomplish before he steps down from office next March.

Sama-sama kita saksikan apa yang akan dilakukan oleh Abdullah Ahmad Badawi sehubungan agenda ini...

2 comments:

Anonymous said...

Dear Zubli,

Dua badan yang kritkal ialah Kehakiman dan BPR. Kalau beliau boleh letakkan mereka di bawah Parlimen barulah rasuah dapat dibanteras
dengan berkesan dan sisten kehakiman negara dihormati semula. Merka akan dapat bertindak without fear or favour.Kalau beliau berani me'reform'kan dua badan ini dulu sebelum berundur,kita bagi dia gelaran "Bapa Reformasi". Hebat tu dan belum ada sesiapa lagi yang menyandangnya. Cepat rebut sebelum terlambat.Pedulikan orang-orang UNMO tu. Do the right and noble dan rakyat akan sanjung anda!!!!

Gelombang Rakyat said...

Betul A Mum Of Three Mohd.

Pak Lah molek melakukannya, sebagaimana yang dikomen di atas.

Paling tidak ada Lah satu jasanya sejak Oktober 2003 hingga (jangkaan) 9 Mac 2009, kepemimpinannya.