Gelombang Rakyat

Pak Lah & Najib Berhati Mulia - Sesama Susah Bersama Rakyat Malaysia

Ramai yang mempersoalkan Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Abdul Razak, terutama gaya hidup mereka.

Sebenarnya kedua-dua pemimpin ini berhati mulia.

Bila keadaan ekonomi seperti sekarang, bila Rakyat Malaysia sengsara, merekapun turut sama sengsara. Mereka suruh Rakyat Malaysia ubah gaya hidup, kita pun ubah kerana terpaksa, namun merekapun turut sama mengubah gaya hidup mereka.

Umpamanya untuk perubahan gaya hidup mereka masing-masing, cuma sekitar RM 9.4 Juta sahaja dihanguskan untuk kediaman mereka.

Pos lanjut oleh MUTA LIGAT

11 December 2008

RM9.4 JUTA DUIT RAKYAT HANGUS SETAHUN UNTUK KESELESAAN PM DAN TPM ~ Ref Malaysiakini

RM9.4 juta duit rakyat hangus setahun semata-mata untuk memastikan Perdana Menteri dan Timbalannya selesa mendiami 'istana' masing-masing. Fakta ini dinyatakan sendiri oleh Perdana Menteri sendiri.
Sambungan di sini:

http://mutaligat.blogspot.com/

Mereka adalah pemimpin yang kepemimpinannya menjadi teladan.

Tidak seperti kediaman mewah Nik Aziz Nik Mat, ataupun kediaman mewah Lim Guan Eng. Dan Abdul Hadi Awang.
Photobucket
The House of PAS's Kelantan Menteri Besar, Tok Guru Nik Aziz

(Photo courtesy of AlHusseyn Blog)

Excerpts: Read here for more

Photobucket "... Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabuk menceritakan pertemuannya dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng di Pulau Pinang baru-baru ini, di mana kerana enggan membelanjakan RM100 ribu duit rakyat, Guan Eng lebih rela tinggal di sebuah rumah berusia milik bapanya.

Lim Kit Siang Berhari Raya At Abdul Hadi Awang’s House

http://buletinonline.net/images/berita11/kitsiangharirayatg.jpg
Begitu juga makan dan minum, mereka sama seperti Rakyat Malaysia makan dan minum. Namun tidak menyamai kemewahan makan dan minum Nik Aziz Nik Mat:

Nik Aziz Nik Mat
ntvirus.wordpress.com
Begitu juga dari segi pakaian, tidak menyamai Muhammad Nizar Jamaluddin.
Mohammad Nizar Jamaluddin
upload.wikimedia.org
Pendek kata, panjang pun kata, bila Rakyat Malaysia hidup serba jimat cermat, begitu juga Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Abdul Razak.

Mereka berhati mulia, dan kepemimpinan melalui teladan.

10 comments:

Anonymous said...

tak payah lah nak bela orang kafir tu, kafir tetap kafir. sedar tak yang mereka ini (orang kafir)termasuklah juga orang-orang PAS PIS PUS ni dan termasuk lah nik aziz, hadi awang dan nizar nie memperjuangkan ketuanan rakyat di mana perjuangan ini untuk meratakan atau menghapuskan ketuanan melayu. apa tu ketuanan melayu? 4 perkara tu lah Islam agama rasmi, raja melayu, istemewa melayu dan bahasa melayu. kalau hidup zuhud pun tapi nak hapuskan ketuanan melayu dan salah satu dari ketuanan melayu tu islam agama rasmi baik tak payah. selepas 4 perkara ni dihapuskan atau diratakan baru kita akan kenal siapa lim guan eng yang sebenarnya. ini taktik orang kafir lah, baca lah sejarah dan dalam islam tak suruh pun kita bersekongkol dengan orang kafir ni. tapi si PAS PIS PUS ni bukan bersekongkol aje tapi dah bersatu dah. PAS tolong gugurkan nama Islam, kau dah tak layak jadi perjuang Islam kau lebih sesuai jadi pejuang orang-orang kafir aje. tolong tukar nama atau bersatu aje dengan DAP lebih baik. hancur PAS!

Anonymous said...

Mengapa tak tunjuk kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan.

Anonymous said...

Pasal apa tak beritahu elaun, gaji Menteri Besar Kelantan.

Anonymous said...

Pasal apa tak tunjuk kereta rasmi Menteri Beasar Kelantan.

Anonymous said...

Semua tu kan TAX FREE

Anonymous said...

Kamu orang PAS semuanya pandai bersandiwara. Tak takut pada ALLAH.
ALLAH akan laknat orang orang seperti ini yang megelirukan orang ISLAM dengan BLOG seperti ini.

Anonymous said...

Tak pernah sebutkah kereta pacuan empat roda PAJERO kepunyaan Mat Sabu yang pernah terbalik dulu.

Anonymous said...

Tahukah semua orang di mana Lim Guan Eng tinggal sekarang. Mat Sabu kata nak jimat RM200,00.00 tapi bila selesai ubah suai Peanag membelanjakan lebih pada jumlah tersebut (mungkin memcecah jutaan ringgit)

Anonymous said...

Dear Zubli,

Marah nampaknya pengomen-pengomen ni. Mummy kata jangan marah-marah.... nanti cepat tua. Tengok macam mummy jiwa sentiasa muda. Nasihat mummy... cakap biar serupa bikin, yang baik jadikan ikutan dan teladan dan yang tak baik kita jauhi..., nak bercakap biar ada bukti...jangan tuduh sebarangan. Hidup biar berpada-pada.... jiwa akan sentiasa tenang. Apa-apa tindakan yang 'OVER' orang getik!!!

Gelombang Rakyat said...

Itu yang syok ya.

Di blog ini tidak ada penapisan. Mencarut saya padam.

Selainnya okay.

Terima kasih kepada semua, di atas komen anda di sini. Jika bukan Anonymous lebih baik. Jika begitu pun tidak mengapa.

Satu pelajaran dari A Mum Of 3 Mohd, di atas, komen molek ada substance.

Yang bagus kita kata bagus, yang tak bagus kita kata tak bagus.

Dak gitu?