Gelombang Rakyat

Pemimpin Politik Tidak Molek Meletakkan Kedudukannya Di Peringkat Mengerikan

Perihal wartawan membaling kasut ke arah George W. Bush mengingatkan kita kepada para pemimpin politik di Malaysia.

Walaupun umum mahukan keselamatan semua para pemimpin politik di Malaysia, namun kelihatan para pemimpin politik ini, ada di antara mereka meletakkan diri ke posisi yang sedemikian.

Pemimpin politik yang baik jika diperlakukan sedemikian, akan dikecam ramai. Namun pemimpin politik yang buruk jika diperlakukan sedemikian, akan menimbulkan sorakan ramai.

Seandainya pemimpin politik melakukan kerja kebaikan untuk Rakyat dan Negara Malaysia, itulah harapan semua. Namun ada pemimpin politik bila sudah berkuasa, kerja kebaikan tidak nampak, malah keputusan dan pelaksanaan mendapat kritikan, kemudian tidak diendahkan, malah diteruskan sehingga menimbulkan kemarahan di kalangan Rakyat Malaysia.

Diharapan semua pemimpin politik lakukanlah kebaikan untuk memanfaatkan Rakyat dan Negara Malaysia.

Dalam isu yang nampaknya tiada berkaitan, namun masih menunggu laporan hasil siasatan polis, rumah Syed Hamid Albar dan seorang lagi pemimpin Johor telah dilempar belon Cat.

Syed Hamid Albar
www.bernama.com
The Star OnLine melaporkan:

Thursday December 25, 2008

I’m not upset,

says Syed Hamid

TEHERAN: Home Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar’s house in Kota Tinggi was splashed with paint yesterday, but he brushed it off “as part of politics.”

Apapun, kita harap hal sebegini tidak berlaku dan tidak seharusnya berlaku. Walaupun dalam politik kemungkinan begini ada, namun diharapkan bukanlah kerana pemimpin politik itu sendiri yang diperlaku demikian kerana tidak mengendahkan suara di kalangan Rakyat Malaysia yang marah hasil dari keputusan mereka yang tidak memihak kepada Rakyat Malaysia mahupun memakmorkan negara.

Sama-sama kita tunggu laporan siasatan Polis perihal lemparan cat ini.

0 comments: