Gelombang Rakyat

PM Cakap Turun Harga Barang Peniaga Nak Dengar Kah?

Ewah! Ewah!! Ewah!!!

Siapalah yang umum naikkan harga minyak petrol dan diesel secara mendadak dan serta-merta pada 5 Jun 2008 dulu. Lepas itu liat nak turunkan, sposen sposen saja.

Sekarang nak suruh peniaga pulak turunkan harga barang, sedangkan mereka telah mengalami kerugian.

Pak Lah, tak usah Lah buat akak nii terkejut!

Funny Pictures People Scarry!

http://www.greatfunnypictures.com/browse.asp?cat=12



Pi mai Pi moh, kerajaan yang tak rugi apa-apa.

Ini, begini pulak suaranya disuarakannya:

Turun harga barang selaras harga minyak - PM

01/12/2008 9:04am

PUTRAJAYA 1 Dis. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memastikan harga barang makanan yang diturunkan selaras dengan penurunan harga minyak mesti merupakan barangan yang digunakan rakyat setiap hari.

Dalam nada kesal, Perdana Menteri berkata, peniaga kebiasaannya begitu liat malah lewat untuk menurunkan harga barang pada setiap kali harga minyak diturunkan tetapi begitu cepat pula tanpa disuruh menaikkan harga apabila harga minyak naik.

"Saya dah beritahu Shahrir (Datuk Shahrir Abdul Samad), bahawa barang yang diturunkan mesti barangan yang digunakan setiap hari.

"Ini satu masalah yang dihadapi oleh rakyat," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini hari ini. - Utusan.

Rasanya tak payah Lah turun harga barang itu, Rakyat Malaysia pun sudah menderita sejak Pak Lah kekal berkuasa sejak 9 Mac 2008 lalu.

Pak Lah turun nanti pada 9 Mac 2009, entah iya entah kan tidak, susah nak percaya, maka harga barang pun turun Lah gamaknya.

Abdullah hadir Rumah Terbuka
www.utusan.com.my

Aidil Adha ini Pak Lah enjoy Lah sekeluarga dan rakan-rakan. Biar Lah kami Rakyat Malaysia yang terus derita kerana Pak Lah macam tak mahu bersara awal.

2 comments:

Anonymous said...

ahad lepas pergi market,telur paling murah 0.27 sen/biji,ahad kelmarin pergi market, telur paling murah 0.30 sen/biji...

Gelombang Rakyat said...

Dollah Yankee,

Di Seksyen 8 Shah Alam, konstan 3 sposen campur 2, yakni 0.32 sen/biji.

Peniaga memang nak untung. Tapi yang kerajaan pun nak untung jugak itu apa hal?

Pak Lah, Shahrir dan rakan pemimpin sewaktu dengannya, apa sudah jadi?

Hangpa cakap, peniaga buat pekak saja.

Penguatkuasaan? Berani ke?