Gelombang Rakyat

UMNO - Pemimpin Dan Kepemimpinan - Pak Lah

UMNO dan Pemimpin Utamanya
www.nancarrow-webdesk.com
UMNO masih lagi menjadi teraju Barisan Nasional. Sebahagian pemimpinnya bersama beberapa pemimpin masih memimpin kerajaan pusat dan beberapa negeri.

Namun, apakah rupa UMNO ketika ini, dan keadaan Barisan Nasional kini, dan performans kerajaan pusat dan beberapa kerajaan negeri?

Oleh kerana hal tersebut banyak bergantung kepada teraju utamanya Abdullah Ahmad Badawi, UMNO, Barisan Nasional, kerajaan pusat, kerajaan negeri dalam penguasaannya, kelihatan tergantung, dan masih banyak lagi kelihatan tergantung-gantung.
Abdullah Ahmad Badawi
dppkt.wordpress.com
Gantungan ini adalah kerana Abdullah Ahmad Badawi masih mahu kekal sebagai Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional, Perdana Menteri Malaysia, Menteri Pertahanan Malaysia, dan beberapa lagi jawatan dan kerusi didudukinya.

Dengan gaya kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi, dalam tempoh masa terhad, sedang macam-macam tuntutan perlu dilaksanakan, sebagai pemimpin dan kepemimpinannya tidak banyak memanfaatkan Rakyat dan Negara Malaysia.
Abdullah Ahmad Badawi
tunkuaisha.blogspot.com
Elok jika Abdullah Ahmad Badawi bersara pada 9 Mac 2008. Namun, harapan tinggal harapan, dia tidak boleh diharapkan lagi. Melihat pergerakan negara dan Rakyat Malaysia, samalah melihat laju perlahan, keras lembik, mantap lemah, teraju utama ini.
Abdullah Ahmad Badawi
thisisnotadietblog.blogspot.com
Semoga pemimpin baru dapat menggantikan Abdullah Ahmad Badawi, supaya Rakyat maju dan Negara makmor kembali.

InsyaAllah Bersambung...

0 comments: