Gelombang Rakyat

Wan Ahmad Farid - Diumum Calon Dan Masih Dilantik Senator

Siapakah yang membuat keputusan ini? Dan apakah perasaan para pemimpin UMNO di Kuala Terengganu khususnya? Tidakkah ini bakal mengundang kerugian, termasuk sabotaj dalaman?

Kita baca dahulu, HarakahDaily melaporkan:.

Calon BN Kuala Terengganu angkat sumpah Senator
Harakahdaily
Wed | Dec 24, 08 | 10:51:29 am MYT

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Hrkh)-Calon Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh mengangkat sumpah sebagai senator untuk penggal kedua di Dewan Negara hari ini.

Sambungan di sini:

http://www.harakahdaily.net/

Terfikir kita, para pemimpin tertinggi UMNO, Barisan Nasional, Kerajaan, adakah mereka ini tahu dan membaca implikasi sesuatu keputusan yang dibuat?

Jika sekiranya Wan Ahmad Farid Wan Salleh tidak dicalonkan untuk P 36 Kuala Terengganu, maka setakat yang dijawatnya sudah cukup baik.

Tetapi setelah dicalonkan, paling tidak dia kerugian jawatan berkenaan, sedangkan peluang para pemimpin yang lebih banyak berjasa dan bergelumang di Kuala Terengganu tertutup.

Sudahpun diketahui bahawa Wan Ahmad Farid Wan Salleh bakal melepaskan jawatan tersebut supaya boleh bertanding di P 36 Kuala Terengganu.

Kemudian, Wan Ahmad Farid Wan Salleh dilantik juga sebagai Senator.

Tidakkah ini menjejas umpamanya peluang pemimpin lain, daripada mengecap nikmat itu?

Bilalah para pemimpin UMNO dapat sampai ke taraf bijaksana dalam membuat keputusan bestari untuk parti, gabungan, kerajaan, dan negara.

Keputusan untuk memanfaatkan Rakyat Malaysia, kita sudah tahu, dan kita menunggu PRU 13 untuk pernyataan tolakan total UMNO dan Barisan Nasional.

Alahai! Wan Ahmad Farid...


Wan Ahmad Farid Wan Salleh
thestar.com.my



I'm a wife
and also a mum
to three Mohd.
Mohd. Shakir
Mohd. Shazuan
and
Mohd Syafiq

A Mum of Three Mohd said...

Dia dilantik senator semula
dipilih jadi calon pula
Apakah istimewanya dia
hingga begitu jadinya

lepaskan jawatan menteri muda
untuk bertanding pilihan raya
puaskan hati menantu puaka
agar kebajikan dia terpelihara

Nordiana rasa amat kecewa
calon tak jadi senator tiada
Puteri kata tak patut giler
kesian pada ketua kita

Najib menjadi bahan cerca
Pak Lah buat nohen aje
menantu puaka KJ dah suka
tak boleh Lah nak buat apa-apa

UMNO Terengganu jadi gelora
getik Farid jadi calon mereka
banyak lagi calon berkaliber
tapi mereka butakan mata

mari kita pakat semua
mainkan Farid biar terkena
sabotaj dia biar ternganga
hilang jawatan hilang kuasa

2 comments:

Anonymous said...

Dear Zubli,

Dia dilantik senator semula
dipilih jadi calon pula
Apakah istimewanya dia
hingga begitu jadinya

lepaskan jawatan menteri muda
untuk bertanding pilihan raya
puaskan hati menantu puaka
agar kebajikan dia terpelihara

Nordiana rasa amat kecewa
calon tak jadi senator tiada
Puteri kata tak patut giler
kesian pada ketua kita

Najib menjadi bahan cerca
Pak Lah buat nohen aje
menantu puaka KJ dah suka
tak boleh Lah nak buat apa-apa

UMNO Terengganu jadi gelora
getik Farid jadi calon mereka
banyak lagi calon berkaliber
tapi mereka butakan mata

mari kita pakat semua
mainkan Farid biar terkena
sabotaj dia biar ternganga
hilang jawatan hilang kuasa

Gelombang Rakyat said...

Terima kasih

A Mum Of Three Mohd

Pantun nya menyengat.

Kalau dia ikuti maka tidak boleh buat nehen lagi...