Gelombang Rakyat

P 36 Kuala Terengganu - Semoga Wan Farid Ngan MAWE Tak Duduk Tepi Pantai Sama-sama Renung Pulau Yang Tiada..!

Acara Kemuncak
Boxing Di Pentas
















Sumber Foto:
http://nikhassanazmi.blogspot.com/

Ewah!
Ada Wrestling Pulak
Di Luar Pentas?


Sebagai peminat politik dan pemerhati kepemimpinan, saya merasa seronok belajar perihal pemimpin dan politikdi Malaysia.

Macam-macam berlaku saban hari khususnya semasa pilihanraya dan pilihanraya kecil berlangsung.

Di P 36 Kuala Terengganu, kita tahu

WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh berdepan MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut.

UMNO berdepan PAS

Barisan Nasional berdepan Pakatan Rakyat

Dalam usaha berdepan ini, kita menyaksikan satu unsur menarik.
Contohnya:

* dulu Anwar Ibrahim dalam UMNO sekarang memimpin PKR - Parti KeADILan Rakyat.

* dulu Ezam Mohd Noor pemimpin PKR - Parti KeADILan Rakyat kini dalam UMNO.

Dua pemimpin ini cukup untuk mewarnai politik Malaysia, sama ada putih, hitam, kelabu, kelabu asap, atau warna-warni.

Walaupun mereka yang berdepan adalah yang tersebut di atas, maka apa kena mengena dengan pendedahan Ezam Mohd Noor terhadap Anwar Ibrahim, dan jika pendedahan Anwar Ibrahim terhadap Ezam Mohd Noor.

Ini peribadi.

Namun bila ada perkaitan dengan Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Abdul Razak, serta Husam Musa dan Lim Kit Siang, maka informasi dalam diri masing-masing mula berubah jika apa yang didedah belum diketahui sebelum ini.

Semoga di P 36 Kuala Terengganu WAFWAS Wan Ahmad Farid Wan Salleh, dan MAWE Tidak Duduk Tepi Pantai Renung Pulau Yang Tiada..!

Setakat ini pada saya, sukar untuk mempercayai Ezam Mohd Noor. Pabila dia perlu bersumpah untuk meyakinkan pendengar, maka saya pernah lihat sumpah mampu dilanggarinya.

Sukar untuk mempercayai bahawa Abdullah Ahmad Badawi pemimpin dan kepemimpinan yang bagus. Setakat ini dia masih paling teruk dan buruk.

Mohd Najib Abdul Razak bila diteliti setakat ini menunjukkan dia bukan pemimpin dan kepemimpinannya sesuai sebagai pengganti menduduki kerusi Perdana Menteri Malaysia.

Mudah untuk melihat pemimpin dan kepemimpinan yang mampu membawa perubahan kepada Rakyat dan Negara Malaysia masih Anwar Ibrahim.

Husam Musa terus wibawa sebagai seorang daripada para pemimpin PAS yang terbaik.

WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh, senyum Lah macam mana pun, namun tidak yakin dia boleh menjadi wakil Kuala Terengganu di Parlimen. Dia masih calon Barisan Nasional yang amat buruk.

Pilihan terkini masih MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut. Yakin dan percaya ketokohan, kemampuan dan kebolehannya, apatah lagi khidmat dan jasanya di Kuala Terengganu.

Sama-sama kita saksi apa yang bakal berlaku seterusnya.

0 comments: