Gelombang Rakyat

BLOW - Hijrah Pemimpin UMNO Di Perak Ke PKR - Satu Jer Tiada Lagi..?

Rakyat Malaysia di Perak sudah dan sedang selamat dari keburukan pemimpin dan kepemimpinan UMN dan Barisan Nasional.

Rakyat Malaysia di Perak sedang kecapi nikmat kongsian kemurnian pemimpin dan kepemimpinan Pakatan Rakyat. PAS- Parti Islam Se-Malaysia, DAP - Democratic Action Party, dan PKR - Pakatan KeADILan Rakyat.

Setelah PRU 12, sememangnya ada usaha untuk kacau sepakatnya Pakatan Rakyat di Perak. Namun percobaan tersebut gagal. Niat tidak baik, begitu Lah.

Jadi, jelasnya UMN dan Barisan Nasional di Perak ialah Pembangkang. Harap maklum ya, usah Lah pulak ada yang masih mengaku kerajaan, atau terlupa kedudukan ini.

Kerajaan di negeri Perak ialah Pakatan Rakyat. Menteri Besarnya sekarang ialah Mohammad Nizar Jamaluddin, PAS - Parti Islam Se-Malaysia.

Baru-baru ini Nasarudin Hashim telah menyertai PKR - Parti KeADILan Rakyat. Walau ada yang memujuk supaya dia kembali, namun Nasarudin Hashim telah bulat padu dalam parti baru - satu platform lebih kukuh untuk dia sebagai pemimpin memanfaatkan Bota.

Jadi tiada apa yang perlu dirisaukan. Semua aman dan tenang. Hijrah Pemimpin UMN Di Perak ke PKR - Satu Itu Sahaja Tiada Lagi..? Tapi jika 3 lagi ADUN ikut jejak Nasarudin Hashim pun, no hal.

Itu gambarannya. Hakikatnya lain pula...

Menurut Sya-Reformis di Blognya:

Rabu, 2009 Januari 28

Najib nak amik alih Perak???

Kita akan saksikan kemungkinan ini:

01. Tajol Rosli Ghazali letak jawatan Pengerusi Badan perhubungan UMNO Negeri Perak.
02. Mohd Najib Abdul Razak akan mengambil-alih Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak.
03. Ahmad Zahid Hamidi akan memperkukuhkan kedudukan.
04. Tamatkah kerjaya politik Tajol Rosli Ghazali di negeri ini?
05. Maka, apa cerita kehadiran Abdullah Ahmad Badawi di Kampar esok?

Sya-Reformis kata, Abdullah Ahmad Badawi ada agenda sendiri.

Macam tak jadi bersara awal jer!

Bakal berlakukah pasukan Abdullah Ahmad Badawi dan Tajol Rosli Ghazali, berlaga dengan pasukan Mohd Najib Abdul Razak dan Ahmad Zahid Hamidi.

UMNO yang kini tiada Wow...jadi UMN

Jika pecah dua, tinggal apa?

InsyaAllah, sama-sama kita saksikan parti UMN bersepai di Perak...

Barisan Nasional tidak relevan lagi.

InsyaAllah, maka Pakatan Rakyat boleh Rakyat Malaysia di Perak menangkan besar di PRU 13 kelak.

0 comments: