Gelombang Rakyat

BLOW - Lurus Kepimpinan PAS dan UMNO Terbalik..!

Semasa P 36 Kuala Terengganu, sebelumpun penamaan calon, UMNO dan PAS diberikan cadangan beberapa nama. Masing-masing mahukan calon terbaik.

Sebaik sahaja Mohd Najib Abdul Razak mengumumkan nama calon, UMNO khususnya sudah mula menunjukkan di antara sokongan dan rebahan. Abdullah Ahmad Badawi sendiri terkejut bahawa calon Barisan Nasional WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh dikutuk ahli dan pemimpin parti sendiri melebihi jika ada dari parti lawan.

Kemudian pada hari paling sesuai, cuti, calon PAS pun diumumkan. Ketika itu nama besar, nama berjasa, nama hebat, merata lalu mengizinkan MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut sebagai calon PAS. Pakatan Rakyat endorse untuk memberi sokongan.

Ketika sudah menang, ringkas sahaja Nik Aziz Nik Mat memberi pesanan perihal usah riak dan takabbur. Abdul Hadi Awang pula, menyatakan supaya kibaran bendera tidak dilakukan di jalanraya.

Semacam serentak ahli dan pengikut akur kebijaksanaan pemimpin PAS.

Mari kita tengok...

UMNO pula terbalik.

Abdullah Ahmad Badawi mungkin tidak menyedari ahli, pemimpin parti sendiri, parti kawan dan lawan mengutuknya setiap hari. Selagi dia tidak bersara awal begitu Lah. Mungkin Abdullah Ahmad Badawi tidak terjejas dan tidak kisah. Tapi dengan tidak kisah itu Lah ahli pemimpin parti UMNO dan Barisan Nasional semakin merosot di mata Rakyat Malaysia.

Mohd Najib Abdul Razak pula, kini sedikit terbuka. Selama ini pihak lawan dan orang lain menegurnya. Terkini ahli pemimpin dalam UMNO dan Barisan Nasional sendiri menegurnya.

Sepatutnya pemimpin yang baik menegur ahli yang kurang baik atau buruk. Kini ahli yang baik menegur pemimpin mereka yang kurang baik atau buruk.

Macam mana itu? Blower Satu Blog Total bertanya..!

0 comments: