Gelombang Rakyat

Kes Pembunuhan Altantuya Shariibuu - Dua Anggota UTK Bela Diri Esok

Malaysiakini melaporkan...

http://www.malaysiakini.com/news/96431

Kes Altantuya - dua anggota UTK bela diri esok
Jan 14, 09 3:51pm
Pembelaan diri dua anggota Unit Tindakan Khas polis yang dituduh membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, akan bermula di Mahkamah Tinggi Shah Alam esok.

Peguambela Datuk Hazman Ahmad, yang mewakili tertuduh pertama, Cif Insp Azilah Hadri, memberitahu Bernama hari ini bahawa beliau telah menyediakan tujuh orang saksi untuk memberi keterangan dalam kes pembelaan itu nanti.

Manakala Kamarul Hisham Kamaruddin, peguam bagi tertutudh kedua, Koperal Sirul Azhar pula berkata buat masa ini tiada saksi lain akan dipanggil selain tertuduh.

Pada 10 November lalu, Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin memberi tempoh dua bulan kepada pihak pembelaan untuk membuat persediaan terperinci termasuk menghubungi dan menemu bual saksi yang akan dipanggil memberi keterangan.

Azilah, 32, dan Sirul Azhar, 36, diperintah membela diri terhadap pertuduhan membunuh Altantuya, 28, di satu kawasan dalam Mukim Bukit Raja antara jam 10 malam 19 Oktober 2006 dan 1 pagi keesokan harinya.

Penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, yang dituduh bersubahat dengan mereka, telah dibebaskan dan dilepaskan daripada pertuduhan itu oleh mahkamah yang sama pada 31 Oktober 2008 tanpa dipanggil membela diri.

0 comments: