Lawak Pemimpin - Calon Tak Boleh Bercakap Tolong Ubati
Dulu ada seorang calon bertanding dalam Pilihanraya Umum. Kira-kira lagi 10 hari pembuangan undi, dia didapati terpacak atas pentas, depan mikrofon. Tidak boleh bercakap.
Dah tidak boleh bercakap macam mana nak jadi wakil Rakyat! Iya dak?
Maka jenuh Lah, segala pakar, doktor, bomoh, dukun, dan segala macam perubatan dipanggil untuk mengubatinya namun tidak sembuh juga.
Akhirnya, pakar saraf otak ditemui, dan dipanggil untuk merawatinya.
Pakar itu sekali sahaja ketuk dengan penukul getah lembut pada lutut kanan calon itu.
Maka berkata Lah calon itu, "Mung nii Doktor apa?"
Boleh cakap dah, hadirin bertepuk tangan.
"Saya doktor pakar saraf otak!"
"Kenapa kepala lutut pulok Mung ketuk?"
"Sebab Mung kuat sangat menipu orang, yang betul Mung kata salah, yang salah Mung kata betul, yang baik Mung kata buruk, yang buruk Mung kata baik, maka kepala hotak Mung dah sampai taraf di sini, kepala lutut. Refleks Mung dah out, sebab itu Mung tak boleh cakap sebelum ini. Ketuk kepala lutut, baru boleh..."
Insaf dia.
Cuba kita perhatikan ada tidak pemimpin seperti ini dok buat yang sama seperti calon ini. Calon-calon yang bakal senang dapat award tokoh Maal fitnah!
Ada kot!
Barangkali seorang pemimin telah dikenalpasti Bloggawan hebat
Ana
- Husin Lempoyang
- Hehehe. Peniaga unta di Bazaar Baghdad. Pelakun sambilan wayang P Ramlee. Blogger satira blogospera Malaysia.
Jom kita pergi tengok, siapa yang kena...