Gelombang Rakyat

Lawak Pemimpin - Jerong Ganung Kite

Jerong
consilience.typepad.com

Mereka bertiga kawan baik sejak zaman sekolah menengah. Bila bergelar graduan dari universiti seorang jadi Doktor, seorang lagi jadi penyanyi terkenal, dan seorang jadi ahli politik.

1 Januari 2009, mereka menaiki bot untuk memancing ikan di tengah laut dalam suasana mongsoong ketika penamaan calon masih lambat lagi di P 36 Kuala Terengganu.

Tiba-tiba bot mereka naiki di landa ombak besar dan terbalik. Mereka berpaut di tepi bot yang telah terbalik itu. Lama kemudian, mereka bersetuju supaya seorang sepatutnya berenang ke pantai untuk meminta bantuan.

Siapakah di antara mereka yang sanggup melakukannya? Sedangkan beberapa ikan jerung kelihatan berenang-renang di antara bot dan pantai.
Sekumpulan Jerong
antonyhall.wordpress.com
Kemudian Ahli Politik mula berenang. Dia sudah jauh dari bot yang terbalik tadi. Bila tiba dekat sekumpulan ikan jerong, maka ikan jerong pun membuat dua barisan dan memberi laluan. Pemimpin politik terus berenang.

Terkejut Penyanyi, "Wow! Ini suatu keajaiban!"

Jawab Doktor, "Bukan keajaiban. Ini kelaziman. Ikan jerong itu menyangkakan yang berenang ke arah kumpulannya itu ialah satu spesies dengan mereka!!!"

...

Kuang! Amnu!! Barisang!!!

4 comments:

ISA said...

Oooo.... species jerung rupanya...

Ingatkan species paus (killer whale) lagi besar tu... nombor wahid....

Anonymous said...

Dear Zubli,

Kah!Kah! Kah! Memang kekakar!!!
Betul kata Isa itu.... politicians are killer sharks. Satu species dan sewaktu dengannya!!!
Kah! Kah! Kah!

Gelombang Rakyat said...

ISA,

Menjak Pak Lah dan Najib kata ekonomi Malaysia elok, kami makang ikang sardin dalam tin, ikang bileh, kot sedap pong ikang kembong.

Lupa laing-laing nama ikang.

Takat neh belum dapat chang goreng ikang paus lagi.

Namun, ISA cakap itu betul Lah...

Gelombang Rakyat said...

A Mum of Three Mohd.

When I got the original story, I was laughing hard.

I know this bit will hit while we wait for the PAS announcement.

I am glad you already did post on him.