Lawak Pemimpin - Tahun Baru 2009
2 Comments
»
bulan zainal-tajudin.fotopages.com |
31 Disember 2008, mereka berjumpa setelah lama tidak bertemu kerana masing-masing sibuk. Ahli politik ajak mereka ke P 36 Kuala Terengganu, bantu dia berkempen.
Sampai di Kuala Terengganu, jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi, 1 Januari 2009.
Mereka sesat. Oleh kerana penat dan mengantuk, mereka singgah di sebuah rumah. Setelah menerangkan keadaan, tuan rumah membenarkan mereka bermalam.
2 Orang dibenarkan tidur kongsi di bilik tamu, seorang lagi berkongsi bilik dengan 2 orang anak lelaki tuan rumah.
Ahli Politik dan Doktor tidur di bilik tamu, dan penyanyi tidor dengan 2 anak lelaki tuan rumah.
Belum sampai 5 minit, Penyanyi datang mengetuk pintu bilik tamu. Katanya, seorang daripada 2 anak lelaki itu demam selsema, dan Penyanyi alergik dan takut berjangkit.
Ahli Politik dan Penyanyi pula tidor di bilik tamu, dan Doktor tidor dengan 2 anak lelaki tuan rumah. Setelah memberi rawatan, Doktor pun tidor.
Lima minit kemudian Doktor datang mengetuk pintu bilik tamu. Katanya, seorang lagi anak tuan rumah tidor berdengkor, Doktor tak tahan dan tidak boleh nak mula lelap mata.
Penyanyi dan Doktor tidor di bilik tamu, dan Ahli Politik tidor dengan 2 orang anak tuan rumah.
Tak sampai lima minit, 2 orang anak tuan rumah mengetuk pintu bilik ibu bapa mereka. Tuan rumah bertanya kepada anak-anaknya, "kenapa?"
"Adik takut ayoh, ada orang tengoh ceramoh politit dalam bilik itu. Dio nyenyok tidor, tapi dia ngigau nak letupkang bulang!!!"
...
Kuang! Amnu!! Barisang!!!