Gelombang Rakyat

Najib Perlu Baca Perjuangan Pakatan Rakyat Untuk Fahami Apa Maksud Orientasi Rakyat BN

Asasnya senang.

Semua pemimpin asalnya Rakyat. Dari kalangan kita, sebahagian memilih untuk memimpin. Maka melalui demokrasi sebahagian tergolong dalam Barisan Nasional dan sebahagian dalam Pakatan Rakyat.

Bila Barisan Nasional menang tipis di PRU 12, dengan kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi, dan barisan kabinet paling teruk pernah dibariskan dalam sejarah politik tanahair, mereka membuat keputusan demi keputusan yang menghimpit dan membebankan Rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia mula dianggap musuh. Para pemimpin mempertahankan setiap keputusannya, dan Rakyat Malaysia mula menderita.

Mujur Lah ada para pemimpin Pakatan Rakyat yang berjuang untuk kepentingan dan memanfaatkan Rakyat Malaysia.

Dari Abdullah Ahmad Badawi, Mohd Najib Abdul Razak sampai Lah kepada WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan siapa lagi pemimpin bawahan, terus menerus tidak prihatin kepada Rakyat Malaysia.

Tersilap pilihpun Rakyat Malaysia tidak boleh berbuat apa pun. Sampai sekarang Abdullah Ahmad Badawi masih kekal, dan sebagai pemimpin utama, sama ada dia tidor, atau bila jaga, keluar negara.

Tunggu pilihanraya.

Sabar Rakyat Malaysia menanti masa. Akhirnya doa mereka dikabulkan-Nya juga.

Nah!

Faham sudah mesej PRU 12, P 44, P 36?

Ataukah masih perlu 10 pilihanraya kecil lagi menjelang pilihanraya di Sarawak dan PRU 13?

Setakat ini, baru sedikit tersedar dari perangkap fantasi, Mohd Najib Abdul Razak baru mula nak tersedar.

Sebaiknya Mohd Najib Abdul Razak Perlu Baca Perjuangan Pakatan Rakyat Untuk Fahami Apa Maksud Orientasi Rakyat Barisan Nasional.

Setakat ini pemimpin Rakyat Malaysia ialah Anwar Ibrahim, Nik Aziz Nik Mat, Lim Kit Siang, dan semua termasuklah Nurul Izzah Anwar.

Pemimpin Rakyat Malaysia bukan Abdullah Ahmad Badawi, bukan Mohd Najib Abdul Razak, bukan Shahrir Abdul Samad, bukan Syed Hamid Albar, bukan Ong Tee Keat, bukan S Samy Vellu, bukan Koh Tsu Khoon, sampai Lah ke bukan Shahrizat Abdul Jalil.

Abdullah Ahmad Badawi tidak lebih dari Perdana Menteri sebahagian pemimpin UMNO.

Bayangkan Lah...

0 comments: