Gelombang Rakyat

P 36 Kuala Terengganu - Adakah PAS Dah Terkena Main..?

Bagi PAS memilih a cleang ang gentlemeng fight, pertandingan bersih dan bergaya apabila menang, jelas kelihatan. Didasari niat untuk berkhidmat dan berjasa, membawa suara pengundi yang mewakili Rakyat Malaysia khususnya Kuala Terengganu di Parlimen.

Di Parlimen, wakil PAS berperanan supaya agendanya lebih menyerlah, berjuang supaya ada perubahan, mempastikan kerajaan pusat tidak sewenang-wenang menyeleweng atau membuat keputusan tidak memanfaatkan, dan mempastikan manfaat diperolehi Rakyat Malaysia khususnya di P 36 Kuala Terengganu.

Dengan itu lah maka di luar sangkaan MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut terpilih menjadi calon. Katalah apa nak kata, saya perhatikan calon ini bakal bangkit menjadi pemimpin wahid, sesuai di tahap kebolehannya, dengan sokongan semua pihak.

Faktor perjuangan PAS, penyertaan padu bersama Pakatan Rakyat, dan calon murni dan hebat seperti Mohd Abdul Wahid Endut, telah melonjak jangkaan undi kemenangan dari 50-50 kepada 60 peratus dan meniti 65 peratus.

PAS mendahului kemenangan dalam pilihanraya kecil P 36 Kuala Terengganu ini.




Seterusnya, UMNO di peringkat awal telah melakukan kesilapan demi kesilapan.

Foto: A Mum Of Three Mohd Blog

Kesilapan paling besar ialah memilih Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai calon. Calon amat buruk kata Mahathir Mohamad.

kuala terengganu by election 080109 abdullah Kesilapan kedua ialah Abdullah Ahmad Badawi merestui calon ini, Wan Ahmad Farid Wan Salleh. Seperti datangnya bagai kilat, sewaktu di sana acuh tak acuh, dan kerosakan paling besar dilakukan oleh Abdullah Ahmad Badawi ialah membedal Mahathir Mohamad dengan cara paling....(sila isi tempat kosong ini).

Mohd Najib Abdul Razak
omong.files.wordpress.com
Kesilapan ketiga ialah Mohd Najib Abdul Razak semacam dinampakki untuk terajui pilihanraya ini. Mungkin UMNO dan Barisan Nasional belum menyedari, namun Mohd Najib Abdul Razak tidak sampai ke tahap stategist memenangi pilihanraya. Cara pengumuman calon adalah bukti Mohd Najib Abdul Razak ialah potensi pemimpin yang mampu kalah lagi mengkalahkan parti UMNO dan gabungan Barisan Nasional.

Kesilapan tambahan ialah kutukan Ahmad Said terhadap orang miskin di Kuala Terengganu.
»They are still poor because of their own attitude« DATUK AHMAD SAID

Seterusnya...
Khairy Jamaluddin
wtdit.wordpress.com
Kemunculan Khairy Jamaluddin adalah penokok tambah kepada peluang besar Barisan Nasional kalah.
Ezam Mohd Noor
atotalblog.wordpress.com
Mujur para pemimpin UMNO sedar cepat bahawa jika Ezam Mohd Noor didatangkan sekadar nak melondeh Anwar Ibrahim dengan 6 kotak yang tiada, sekadar air lior tanpa bukti yang nyata, maka Kuala Terengganu bukan tempatnya. Mungkin kali ini Ezam Mohd Noor kurang menyumbang kekalahan calon Barisan Nasional. Kesannya sedikit hanya dengan kehadirannya. Diberi berucap, maka peratus sumbangan Ezam Mohd Noor kepada kekalahan calon Barisan Nasional adalah tinggi.

Selain itu, kesilapan kolektif ialah kehadiran ramai pemimpin UMNO dan Barisan Nasional yang kelihatan bersekongkol penganiayaan terhadap Rakyat Malaysia sebagaimana disenaraikan oleh Setiausaha Agung PRM, Parti Rakyat Malaysia, Koh Swe Yong baru-baru ini yang menyeru pengundi untuk mengundi MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut, PAS, Pakatan Rakyat.


Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang...
Saifuddin Nasution Ismail
alditta.blogspot.com

Raja Petra Kamaruddin
malaysianunplug.blogspot.com


Terdapat lain-lain faktor yang turut penting, seperti Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Saifuddin Nasution, Shamsul Iskandar Md Akin, Nurul Izzah Anwar, Raja Petra Kamaruddin, dan ramai lagi individu yang telah berperanan setakat ini menaikkan jangkaan peratusan undi MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut kepada 65 peratus, sebagaimana poll yang telah dijalankan meliputi pengutan suaran di Yahoo.



[suarakeadilan.com] Shamsul cabar Wan Farid berdebat


65 peratus!

Tinjauan kurangnya panas kempen kali ini, tidak seperti di P 44 Permatang Pauh, adalah disebabkan semakin ramai pengundi sudahpun membuat keputusan awal siapa mereka akan undi.

Dari tanda dan petanda, ramai-ramai akan undi MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut. Sama ramai mereka akan undi PAS. Ditambah besar dengan mereka yang mengundi Pakatan Rakyat. Diserta pula undi dari kalangan para ahli dan pemimpin yang sudah bertekad untuk melakukan sabotaj dalaman.

Boleh dikatakan, setakat 5 hari berkempen, kemenangan adalah di pihak MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut, PAS, Pakatan Rakyat, dan kemenangan Rakyat Malaysia secara menyeluruh.

Soalan terkini ialah, adakah PAS sudah terkena main?

Permainannya ialah kemunculan wang dari pusat tertumpu ke P 36 Kuala Terengganu. Jumlahnya cukup besar, jutaan Ringgit Malaysia, dan dilakukan secara terbuka, atas nama pembangunan.

Sila periksa berapa peratus peningkatan perolehan Barisan Nasional kini, dari 45 peratus.

Walaupun permainan ini tiada kena-mengena dengan pilihanraya, namun kerajaan tidak memilih waktu lain dulu atau akan datang, melainkan tempoh sebelum pembuangan undi.

Pembangunan 'Mee Segera'


Angkat tangan siapa yang akui permainan ini sedikit sebanyak bakal membantu kemenangan Barisan Nasional, tenggelam semua faktor kesilapan tadi, wang pun mengelabui sebahagian daripada para pengundi dan memberi angka baru kepada peratusan undi untuk UMNO Barisan Nasional dan juga PAS Pakatan Rakyat.

Ini

http://bnkterengganu.blogspot.com/

Berapa Juta Ringgit Malaysia lagi...?

2 comments:

tepet said...

deng org ganu.. mana deng nak amik projek kelas f deh...hik hik hik

Gelombang Rakyat said...

Tepet

Tidak ramai yang tahu, Chief Persatuang Kontraktor Malaysia orang Ganung.

Deng boleh isi borang ado pado dio.

Hehehehe...