Gelombang Rakyat

P 36 Kuala Terengganu - Bagaimana Jika Februari 2009 Satu Lagi Pilihanraya..?

Tiada banyak perubahannya.

Mohd Najib Abdul Razak akan terajui pilihanraya kecil berikutnya.

Abdullah Ahmad Badawi akan melawat sekejap sebelum ke luar negara lagi.

Calon paling buruk dikenalpasti, direstui dan diumumkan secara hambar.

Khairy Jamaluddin turut hadir membantu kekalahan calon.

Ezam Mohd Noor, dari kotak, ke surat, dan senjata baru untuk kekal relevan. Misi tidak berubah, masih hentam Anwar Ibrahim.

Opah dan Nenek turut datang. Terus membantu calon kalah.

Para pemimpin yang hadir sahaja dapat membantu calon kalah, kena boo lagi pun datang.

Sejumlah peruntukan berjuta ringgit dibawa lagi, dan tiada kena mengena dengan pilihanraya kecil ini.

Media arus perdana memihak dan menghentam calon lawan.

Pelbagai taktik dan teknik pelek dimainkan lagi.

Barisan Nasional diisytihar kalah lagi.

Sidang media menerima kekalahan dengan hati terbuka.

Seterusnya tiada perubahan...

4 comments:

ISA said...

Dan berulang lagi..dan..lagi..dan lagi... sehingga betul-betul rebah.. ha..ha..ha..

Gelombang Rakyat said...

Terlalu banyak screws longgar.

Susah nak repair...

ISA

kita akan saksikannya bagai Titanic di Tsunami...

InsyaAllah...

Unknown said...

lagi satu by-election? dollah badawi boleh lari malam ...

Gelombang Rakyat said...

Dollah Yankee,

Rasanya depa pengsan dulu, lepas itu baru lari...

Hahahaha...