P 36 Kuala Terengganu - Faedah Apa Pak Lah Kata Kat Mahathir Begitu..?
Abdullah Ahmad Badawi, tak usah Lah buat kenyataan tak berfaedah begitu.
Mahathir Mohamad telah banyak berjasa kepada Rakyat dan Negara Malaysia. Walaupun sebagai pemimpin, dia ada serba-serbi kekurangan, namun purata banyak jasanya sememangnya dikenang.
Tetapi Abdullah Ahmad Badawi sejak Oktober 2003, apa kebaikan yang dia tidak buat? Apa keburukan yang dia buat. Walaupun sebagai pemimpin, dia ada serba-serbi kebaikan, namun purata tiada jasanya yang dapat dikenang.
Jadi, kenapa Abdullah Ahmad Badawi perlu berkata begitu kepada Mahathir Mohamad. Nampak sangat Abdullah Ahmad Badawi tidak berpandangan jauh. Khususnya penyatuan adalah jauh lebih baik dari perpecahan.
Tak kan Lah, Abdullah Ahmad Badawi pun nak turun ke posisi Rafidah Aziz dan Shahrizat Abdul Jalil yang masih belum semesra dahulu sekarang. Belum nampak lagi mereka berdua semajlis.
Abdullah Ahmad Badawi tidak mulia menempelak Mahathir Mohamad Begitu. Malah Abdullah Ahmad Badawi kelihatan hina dengan kenyataan begitu di Kuala Terengganu.
Tiada satukah jasa Mahathir Mohamad kepada Abdullah Ahmad Badawi sekian lama dalam parti, gabungan dan kerajaan?
Jika Mahathir Mohamad bagus kata Lah bagus. Jika tidak bagus kata Lah tidak bagus.
Pendapatnya masih dimahukan di dalam Malaysia dan di Luar negara.
Wan Ahmad Farid Wan Salleh, jika bagus kata Lah bagus. Jika tidak bagus kata Lah tidak bagus.
Usah Lah, beberapa tahun mengenali Wan Ahmad Farid Wan Salleh, sanjugan kepadanya melebih Mahathir Mohamad yang telah berjasa kepada Rakyat dan Negara Malaysia sejak PEKEMBAR lagi.
Seterusnya, apakah George W Bush lebih dimuliakan Abdullah Ahmad Badawi daripada negarawan tempatan seperti Mahathir Mohamad.
George W Bush dibaling kasut pun Abdullah Ahmad Badawi nak menyenye. Pasal apa? Cuba Abdullah Ahmad Badawi bilang berapa ramai orang Arab teraniaya hasil keputusan dan tindakan George W Bush semasa duduk di kerusi Presiden Amerika Syarikat.
George W Bush, suka perang. Sedangkan Mahathir Mohamad masih berjuang "Perang Adalah Jenayah!"
Jika Abdullah Ahmad Badawi nak bersara awal, betul-betul, dan bukan bohong politik semata-mata, buat Lah cara nak bersara. Usah Lah meminta sangat, apa yang dilakukan kepada George W Bush, di sana kelmarin, dilakukan di sini pula, walaupun bukan kasut, mungkin terompah kayu.
Diharap sangat tiada yang berkata Abdullah Ahmad Badawi biadap terhadap Mahathir Mohamad.
Mahathir Mohamad bukan calang-calang pemimpin, dia ada seni menjawab, nanti Abdullah Ahmad Badawi juga yang padah.
Ada rakan Bloggawan yang kenal Mahathir Mohamad dan respons mereka terhadap kelakuan buruk Abdullah Ahmad Badawi itu seperti berikut:
Insaf Lah, Pak Lah..!
dok tunggu nak dengaq mahathir cakap kat member dia...."..aku dah kata dahhh..!!"
Mahathir jawab pada paklah....
peeeeeraaahhhh..boleh blah !