Gelombang Rakyat

P 36 Kuala Terengganu - Iya Tak Ya Jugak - SPR & JPN Kerjasama Sepanjang Masa..!

Tapi Apa Yang dimusykilkan
Sekarang Ialah
Patutkah SPR & JPN
Kerjasama
Masa Lebih Panjang!


mSTAR OnLine melaporkan:

Dakwa RO tidak neutral PAS mahu digugur, SPR tunggu laporan

PENGURUS pilihan raya, Datuk Mat Razali Kassim (tengah) mengumumkan nama calon pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu selepas tamat tempoh bantahan di Stadium Negeri, Kuala Terengganu 6 Januari lalu.

[DIKEMAS KINI] KUALA TERENGGANU: PAS menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggugurkan Datuk Mat Razali Kassim daripada terus menguruskan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu atas alasan Pengurus Pilihan Raya itu telah 'menyalahgunakan' kedudukan beliau untuk mempengaruhi kakitangannya supaya mengundi Barisan Nasional (BN).

Sambungan di sini:

http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/1/14/mstar_mutakhir/20090114134704&sec=mstar_mutakhir

Panafian seperti berikut:

Menjawab kenyataan bahawa SPR bersekengkol dengan JPN, Wan Ahmad berkata: "Itu tak betul. Saya menafikan, tidak berasas."

"SPR berharap jangan mengaitkan SPR dalam hal ini," kata beliau lagi.

Bagaimanapun tegas beliau, SPR sentiasa bekerjasama dengan JPN dalam urusan penyediaan daftar pemilih.

"Proses penyediaan daftar pemilih ada urusan sepanjang masa dan kerjasama ini wujud sepanjang masa," katanya.

Sepenuhnya di sini:

http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/1/14/mstar_mutakhir/20090114134704&sec=mstar_mutakhir

Kerjasama Sepanjang Masa. Orait!

Masa Lebih Panjang Kerjasama. Siasat tengok, nanti boleh petisyen kelak...

1 comments:

Anonymous said...

Dear Zubli,

Jangan....

Kerjasama sepanjang masa
Kerja untuk menangkan BN saja

sudah...!!!