P 36 Kuala Terengganu - Kenapa Majlis Kempen BN Lengang..?
Setiap kali pilihanraya dan pilihanraya kecil, semasa berkempen, kelihatan jelas, majlis kempen Pakatan Rakyat penuh, dan majlis kempen Barisan Nasional lengang.
01. Pengucap Awam
Barisan Nasional ketandusan pengucap awam yang unggul. Pengucap awam Barisan Nasional bila berucap mampu melenakan hadirin. Mereka pun macam nak tidor dan bila berucap hadirinpun mungkin memilih untuk tidor sama.
Terkecuali Ezam Mohd Noor. Setakat ini dia pengucap awam yang terbaik di kalangan para pemimpin UMNO. Tetapi itu bukan dirinya sendiri. Ezam Mohd Noor tiada identiti sendiri. Dia lebih suara, gaya dan serba-serbi macam semacam Anwar Ibrahim.
02. Topik Menarik
Pengucap awam Barisan Nasional tidak tahu memilih topik yang menarik perhatian hadirin. Topik pilihan mereka amat membosankan.
03. Kenali Hadirin
Pengucap awam Barisan Nasional jarang kenali siapa hadirinnya. Tanpa mengetahui siapa hadirin, bagaimana nak berkesan ucapan oleh pengucap awam Barisan Nasional.
04. Hadirin
Hadirin ucapan awam Barisan Nasional seringkali terdiri dari orang yang memang sudah ahli dan penyokong Barisan Nasional.
Itu sebabnya majlis kempen pilihanraya Barisan Nasional, lengang!