Gelombang Rakyat

P 36 Kuala Terengganu - Kenyataan Najib Buka Peluang Pengundi Pilih Untuk Tidak Kembalikan Wan Farid Ke Tugas Asal



Kita tahu sebelum ini Wan Ahmad Farid Wan Salleh ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri. Menteri di kementerian ini ialah Syed Hamid Albar.

Cantik sekali langkah pertama ialah mempastikan Wan Ahmad Farid Wan Salleh tidak kembali dengan autoriti tugas asalnya di kementerian berkenaan yang mempertahankan ISA.

Pun begitu kerajaan Barisan Nasional mampu terus mempertahankan ISA dengan pelbagai cara. Namun, para pengundi di P 36 Kuala Terengganu menolak Wan Ahmad Farid Wan Salleh, ialah mesej kita menolak ISA.



Jika Wan Ahmad Farid Wan Salleh menang, dia kembali menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia. Atau dia kembali menjadi Timbalan Menteri di sebuah kementerian dalam kerajaan Barisan Nasional

Apapun dia akan menyokong dan mempertahankan ISA.

Mampukah Wan Ahmad Farid Wan Salleh bangkit sebagai pemimpin untuk menentang ISA?

Atau terus bersengkongkol mempertahankan ISA.

Sila rujuk pandangan Mahathir Mohamad, mengapa "pilihan calon untuk Barisan Nasional amat buruk".

Hakikat di Malaysia ialan "Kata Tidak Pada ISA"

(Ikut Suka Aku usah terasa ya).

Sudah tiba masa dan ketikanya, ISA ini dihapuskan dari sistem di Malaysia. Kita tolak ISA kerana kemungkinan salah guna dan penganiayaan tanpa perbicaraan.

Jadi, fahami buruknya ISA, maka tolak Lah Wan Ahmad Farid Wan Salleh, mantan Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Bersama PAS dan Pakatan Rakyat, kita mampu menghantar mesej ini kepada kerajaan Barisan Nasional.

Mansukh ISA.

1 comments:

PAPA GOMO said...

KERJA KOSONG DARI PAKATAN RAKYAT..
GAJI RM2500 BELUM MASUK ELAUN DAN FAEDAH,KHAS UNTUK MELAYU SAHAJA
http://gomo-no1.blogspot.com/2009/01/undilah-pas-bagi-menjamin-masa-depan.html