P 36 Kuala Terengganu - Memahami Pengundi 17hb Januari 2009
Fakta Dari Blog Hasbullah Pit:
Keputusan RASMI Pilihanraya Kecil P 36 Kuala Terengganu
Mohd Abdul Wahid Endut (PAS): 32,883
Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (BN): 30,252
Azharudin Mamat (Bebas): 193
Undi Rosak: 665
Majoriti: 2,631
Jumlah Keluar Mengundi: 63,993
Jumlah Keseluruah Pengundi: 80,229
Peratus Keluar mengundi: 79.693%
Pengundi tidak dapat melihat perjuangan Calon Bebas Azharudin Mamat dek pendeknya jangkauan dan tiada jentera pilihanraya yang besar dengan strategi terunggul.
Undian dijangka diperolehi daripada individu yang rapat dan mendapat penjelasan perjuangan Calon Bebas.
665 pengundi sama ada masih belum tahu memangkah supaya undi mereka boleh dikira sah, atau sengaja dirosakkan atas sebab peribadi.
Para pengundi pos, jika sekian jumlah, setiap kali tepat menunjukkan undi tetap memenangkan calon kerajaan, maka molek SPR memikirkan cara yang lebih baik, adil dan saksama.
30,252 Pengundi telah memilih calon WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh, UMNO, Barisan Nasional. Jumlah pengutan sama kuat dengan calon MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut, PAS, Pakatan Rakyat.
Bezanya ialah majoriti sejumlah 2,631 pengundi.
Siapakah mereka ini?
Merekakah yang melihat MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut, calon yang lebih baik mewakili mereka di Parlimen, berbanding WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh.
Merekakah yang mengundi MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut, kerana mereka menyokong PAS - Parti Islam Se-Malaysia, ataukah mereka tidak mengundi WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh, kerana protes, sabotaj dalaman UMNO.
Merekakah yang mengundi MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut, kerana mereka yakin Pakatan Rakyat adalah gabungan terbaik, dan mereka tidak mengundi WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh, kerana Barisan Nasional ditolak justru tidak relevan lagi.
Merekakah yang mengundi MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut, dan tidak mengundi WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh, kerana faktor lain sama ada hambatan atau dorongan, di antaranya:
* Mahathir Mohamad
* Anwar Ibrahim
* Abdullah Ahmad Badawi
* Mohd Najib Abdul Razak
* Nik Aziz Nik Mat
* Abdul Hadi Awang
* Husam Musa
* Ezam Mohd Noor
* Khairy Jamaluddin
dan lain-lain lagi...
InsyaAllah bersambung...