Gelombang Rakyat

P 36 Kuala Terengganu - Pasal Apa Pemimpin UMNO Tempatan Tak Minta Ezam Keluar Dari Kawasan Pilihanraya..?

Bukan sedikit kesan buruk diakibatkan Ezam Mohd Noor dan calon Barisan Nasional kalah di P 44 Permatang Pauh.

Ezam Mohd Noor satu daripada beberapa faktor Anwar Ibrahim menang di P 44 Permatang Pauh.

Dijangkakah kehadiran Ezam Mohd Noor kelak di P 36 Kuala Terengganu akan turut mengakibatkan kekalahan calon Barisan Nasional.

Hairan juga kenapa Wan Ahmad Farid Wan Salleh mempersilakan Ezam Mohd Noor membantunya di P 36 Kuala Terengganu. Apa perkaitannya?

Tetapi, Ezam Mohd Noor sudah tidak ada kotak. Apa yang dikatakan bahawa dia ada 6 kotak untuk dedah keburukan para pemimpin UMNO, kotak itu tiada padanya. Ada pada Anwar Ibrahim, tuduhnya.

Niat dan perbuatannya untuk bertanding menentang Anwar Ibrahim di Lunas tidak menjadi, dan tidak terpilih sebagai calon kerana pilihan ialah Arif Shah Omar Shah, dan kemudian nak melondehkan Anwar Ibrahim, dengan sekongkolan dengan S Nallakaruppan telah "back-fire"!

Kini, jika niat yang sama nak hentam Anwar Ibrahim, atau ada niat lain, kehadiran dan kempen Ezam Mohd Noor telah pun memberi kesan kekalahan kepada WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh di P 36 Kuala Terengganu.

Dilaporkan ada satu majlis di mana Ezam Mohd Noor sepatutnya bercakap, telah dibatalkan oleh pemimpin UMNO tempatan.

Tetapi Ezam Mohd Noor masih di kawasan pilhanraya. Dia belum keluar atau belum diminta keluar dari P 36 Kuala Terengganu.

P 36 Kuala Terengganu - Pasal Apa Pemimpin UMNO Tempatan Tak Minta Ezam Keluar Dari Kawasan Pilihanraya..?

Ezam Mohd Noor cakap pun macam Anwar Ibrahim. Ezam Mohd Noor senyum pun macam Anwar Ibrahim. Macam-macam dia tiru nak sangat macam Anwar Ibrahim, habis itu macam mana nak hentam Anwar Ibrahim dengan berkesan.

Sepatutnya Ezam Nohd Noor sudah boleh bercakap, senyum, dan menggayakan diri macam Abdullah Ahmad Badawi, atau Mohd Najib Abdul Razak, walaupun dia tidak akan memilih cakap, senyum dan gaya Khairy Jamaluddin atau WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Jadi apakah relevannya Ezam Mohd Noor di P 36 Kuala Terengganu. Selain daripada menjadi special joker untuk menambah peluang calon Barisan Nasional kalah.

Cuba teka di klip video berikut Anwar Ibrahim atau Ezam Mohd Noor. Mengelirukan!

Berkaitan:

Dari Blog, Aku Dan Blog:

Monday, January 12, 2009

EZAM SEBELUM MASUK UMNO KALI KEDUA


- Watch a funny movie here

0 comments: