P 36 Kuala Terengganu - Pemimpin Tidak Menepati Ketetapan-Nya - Di Dunia Ditunjukkan-Nya Akhirat Apatah Lagi
Kepemimpinan suatu amanah-Nya. Dari sesama pengikut ada di kalangan kita yang diangkat sebagai pemimpin.
Pemimpin yang baik mendapat dari-Nya rahmat, dan berkat.
Usah Lah ada pemimpin buruk mendapat murka dan laknat.
Rakyat Malaysia mengharapkan para pemimpin Barisan Nasional menjadi pemimpin yang baik. Namun setelah berkuasa dan menduduki kerusi masing-masing, lain pula jadinya.
Mengingatkan kita kepada filem Ali Baba Bujang Lapok, watak Sudin, "Aik lampu, nasib baik kau panas, kalau tidak kau pun aku..."
Dulu, lori sahaja cukup muatan kecuali lampu panas. Zaman ini, tiada bicara RM 10, RM 50, RM 100. Dari jutaan pemimpin bercakap pasal billion Ringgit Malaysia.
Yang Maha Melihat, Yang Maha Mendengar.
Sejak bilakah, ataukah 5 Jun 2008, doa hamba-Nya sampai kepada-Nya.
Lihat apa jadi pada Abdullah Ahmad Badawi, pemimpin bawahannya sendiri mahu lalu menekan dia bersara awal. Jika dia pemimpin yang baik, tak kan begitu diperlakukan oleh pemimpin yang dia sendiri lantik menganggotai kabinetnya. Kemudian bila dia umum nak serah kuasa, dapat Standing Overvation pulak. Seronok orang lain jika Abdullah Ahmad Badawi tidak lagi jadi Perdana Menteri Malaysia.
Undur Lah segera.
Mohd Najib Abdul Razak semakin kita tahu dia pun molek bersara awal bersama Abdullah Ahmad Badawi. Saksikan sekiranya dia mengganti dan duduk kelak di kerusi Perdana Menteri Malaysia.
Itu Lah UMNO, dan Barisan Nasional, tidak relevan lagi.
P 36 ialah ketetapan-Nya. Diambil kesayangan-Nya dari kalangan semua yang disayangi-Nya, supaya ada pilihanraya kecil di sini.
Anwar Berkempen Untuk Wahid Endut - Malaysiakini - SEPERTI mana dijanjikan Anwar Ibrahim telah turun berkempen untuk memastikan kemenangan calon Pas, Abdul Wahid Endut di pilihan raya kecil Parlimen Kuala ...
Perhatikan, Anwar Ibrahim muncul di sini membantu kemenangan Mohd Abdul Wahid Endut, membantu kemenangan PAS, membantu kemenangan Pakatan Rakyat, membantu kemenangan kita Rakyat Malaysia.
Anwar Ibrahim memperbaharui azam untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional. Sila baca di sini:
http://atotalblog.wordpress.com/2009/01/08/the-hopefull-are-anwar-and-pr-leaders-he-renews-pledge-to-topple-bn-govt/
Doa Rakyat Malaysia teraniaya, memunculkan Anwar Ibrahim dari kurungan yang tiada mampu lepas, namun lepas bebas.
Belum ada pemimpin di Malaysia dapat menyatukan PAS dan DAP dalam satu platform Pakatan Rakyat bersama Parti KeADILan Rakyat.
Ingatlah kembali dan insaflah beberapa pemimpin PAS, ketika saat diperlukannya sokongan padu di P 44 Permatang Pauh, bagaimana para pemimpin PAS dari Terengganu?
Macam-macam.
Kini, bukan Johor Bahru, bukan Melaka, Bukan Seremban. Tetapi Kuala Terengganu.
Jika para pemimpin PAS berkenaan tidak nampak dan tidak sedar juga, entahlah.
Maka itu, penting sekali kemenangan P 36 Kuala Terengganu. Lihat dan saksikan sendiri nanti, semarak kemenangan ini, bakal mengecutkan para pemimpin Barisan Nasional yang tahu mereka memang tidak berguna, dan tidak berguna kepada Rakyat dan Negara Malaysia.
Bila para pemimpin tidak menepati ketetapan-Nya, bakal digantikan tyrants dengan para pemimpin yang mulia.
MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut, ya bin Endut yang terpuji hamba nombor satu, telah terpilih, walaupun manusia macam-macam cara nak calonkan dia itu dan dia ini, namun terlawankah manusia dengan pilihan-Nya. Seandainya benar kekuatan mukmin itu solat, dan solat istiqarah mohon petunjuk dari-Nya, apakah Pencipta kita semua telah memberikan tanda petunjuk itu?
Jom! Blog pun sudah tukar colour. Kita tukar pulak kerajaan sekarang, kita tidak mahu lagi Perdana Menteri dari UMNO atau Barisan Nasional. Kita tidak mahu satu pun kerajaan negeri dipimpin oleh UMNO atau Barisan Nasional.
Rakyat Malaysia nak pemimpin dari Pakatan Rakyat.
Semarakkan kembali dekatnya langkah kita semua ke PutraJaya, bermula dengan P 36 Kuala Terengganu.
InsyaAllah...