Gelombang Rakyat

P 36 Kuala Terengganu - Peranan Pengundi Tolak Kerajaan Kemajuan Bermusim

Barisan Nasional
duniarossem.kelantankini.com
Barisan Nasional adalah gabungan yang pincang. Kepincangan ini banyak disebabkan Barisan Nasional hanya mempunyai pemimpin mewakili parti berteraskan kaum. Parti berteraskan kaum paling rosak dalam Barisan Nasional ialah UMNO. Kini UMNO tidak lagi mempunyai atau melahirkan pemimpin yang prihatin Rakyat. Sejumlah nama lapok yang menjelakkan di barisan atasan UMNO kita sudah tahu rekod pencapaian mereka. Apakah diharapkan kemajuan total?

Tiada nampak usaha sedemikian dalam satu Perancangan Induk dan Pelaksanaan Utama Nasional demi Rakyat dan Negara Malaysia.

Sepanjang 2008 dan awal 2009, selepas PRU 12, kita melihat mereka macam nak buat projek mega, kemudian tangguh, kemudian batal.

Kita juga menyaksikan bila ada pilihanraya kecil, maka muncullah pelbagai peruntukan di kawasan itu.

Soalnya, apakah Terengganu, dan Kuala Terengganu dibiar dan terbiar, ditahap angka dan rupa kemiskinan tinggi, jika tiada pilihanraya kecil P 36 Kuala Terengganu?

Ya! Bila sebuah kerajaan seperti Barisan Nasional tiada perancangan Induk dan Pelaksanaan Utama Nasional secara total.

Ibarat ibu bapa yang mempunyai 14 orang anak, anak terbiar, dan hanya diberi gula-gula jika mereka tidak tahan mendengar ada anak yang menangis. Jadi tiada perancangan total memajukan semua anak secara seimbang dan saksama. Sama ada menangis atau tidak. Mereka ibu bapa yang gagal.

Begitu juga, jika dan bila kerajaan Barisan Nasional hanya tumpu berlebihan di kawasan tiba-tiba ada pilihanraya. Maka bagaimana dengan kemajuan total Rakyat dan Negara Malaysia.



Kita tidak lagi boleh menyanyi lagu zaman dahulu

Katak Kembong, Kembong Kempis Kempis
Kempis Kembong, Kembong Kempis Kempis

Kepincangan ini, mengajak kita semua, terutama para pengundi P 36 Kuala Terengganu menolak kerajaan Barisan Nasional.

Sama-sama kita pastikan Barisan Nasional kalah di P 36 Kuala Terengganu. Sama-sama kita idamkan Barisan Nasional kalah teruk di P 36 Kuala Terengganu. Sama-sama kita siap sedia supaya Barisan Nasional kalah menyeluruh di PRU 13 kelak.

Barisan Nasional sebagai kerajaan? Tak Nak! Tak Nak!! Tak Nak!!!

0 comments: