P 36 Kuala Terengganu - Wahid Penumbang Pak Lah & Najib Penaik Mahathir Anwar
0 Comments
»
Najib dan Pak Lah www.agendadaily.com |
Walaupun
Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Abdul Razak semeja,
namun mereka bukan pemimpin
yang memanfaatkan
Rakyat dan Negara Malaysia.
Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Abdul Razak semeja,
namun mereka bukan pemimpin
yang memanfaatkan
Rakyat dan Negara Malaysia.
Mahathir Mohamad www.bernama.com |
Anwar Ibrahim tuahsetia.wordpress.com |
Walaupun kini
Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim
tidak lagi semeja,
namun di meja masing-masing,
mereka adalah pemimpin
berhati mulia
dan
prihatin terhadap kemajuan Rakyat
dan
kemakmoran Malaysia.
Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim
tidak lagi semeja,
namun di meja masing-masing,
mereka adalah pemimpin
berhati mulia
dan
prihatin terhadap kemajuan Rakyat
dan
kemakmoran Malaysia.
Mari kita lihat P 36 Kuala Terengganu dalam konteks gambaran besar negara, dan memahami Nusrah-Nya.
Kekuatan kini terletak kepada Rakyat Malaysia di Terengganu, khususnya di P 36 Kuala Terengganu, dalam merealisasikan agenda perubahan nasional.
Pada mulanya saya nampak namun tidak terkait bahawa fakta ini penting. Yakni, sukar untuk memahami pengundi di Terengganu, agak berbeza sedikit dari Kelantan. Namun kini jelas di Terengganu, tercari-cari pemimpin yang sebenar, dan ikhlas memanfaatkan Rakyat Malaysia di Terengganu dan Negeri Terengganu.
Jika di Kelantan Yes to PAS No To UMNO.
Tetapi di Terengganu bolak-balik:
Yes To UMNO No To PAS
Yes To PAS No To UMNO
Yes To UMNO No To PAS
Perincian di sini: http://prk036.pas.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=57&Itemid=53
Hakikatnya siapakah pemimpin yang peduli dan prihatin nasib dan masa depan Rakyat Malaysia di Terengganu.
Nanti kita akan faham kenapa Idris Jusoh dinafikan menjadi Menteri Besar Terengganu, walaupun Abdullah Ahmad Badawi memilihnya. Kenapa Ahmad Said pula dijadikan Menteri Besar Terengganu, dan ketuankuan Istana Terengganu.
Apa ceritanya, Rakyat Malaysia di dalam dan di luar Terengganu tidak tahu. Pening atau tidak pakar Perlembagaan Malaysia di kalangan pemimpin UMNO..?
Doa orang Terengganu, negeri yang kaya, Rakyat Malaysia di sini miskin, sedangkan telah dianugerahkan-Nya minyak, hasilnya dipoketkan kerajaan pusat, dipendam hasad dan dengki sewaktu PAS memerentah di sini, bakal berterusan dipengap jika tersalah pilih pemimpin dan dibangkitkan pemimpin tempatan yang mampu memicit bebola pemimpin pusat.
Sebab itu Lah, secara jelas, apa yang ditabungkan selama ini oleh kerajaan pusat, kerana terdesak di pilihanraya ini, maka doa Rakyat Malaysia di Terengganu sudah dikabulkan dengan mulanya limpahan hak mereka Wang Royalti membanjiri negeri ini.
Kekosongan kerusi P 36 Kuala Terengganu, kemunculan MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut, kemengambangan kembali PAS, akan menghasilkan penyaksian berikut:
Bahawa:
01.
Abdullah Ahmad Badawi mesti dipastikan bersara awal.
02.
Ini membolehkan Mahathir Mohamad kembali ke pangkuan UMNO.
03.
Mohd Najib Abdul Razak mesti dinafikan sebagai pengganti kerusi Perdana Menteri Malaysia.
04.
Ini membolehkan Anwar Ibrahim kembali ke persada politik dan menerajui dari Putrajaya.
tanpa Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Abdul Razak, Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim masing-masing kembali berperanan memajukan Rakyat dan memakmorkan negara, secara keseluruhan. Keseluruhan termasuklah Kuala Terengganu, dan Terengganu pun.
Semua ini dengan izin-nya, di tangan para pengundi P 36 Kuala Terengganu, dengan kuasa undi. Melalui mempastikan yang berikut berlaku:
Wan Ahmad Farid Wan Salleh kalah.
UMNO kalah.
Barisan Nasional kalah.
Mohd Abdul Wahid Endut menang.
PAs menang.
Pakatan Rakyat menang.
Nusrah-Nya sudahpun berlaku.
Maka, agenda seterusnya untuk memenuhi pemimpin yang dicari oleh Rakyat Malaysia di Terengganu ialah:
P 36 Kuala Terengganu - Wahid Penumbang Pak Najib Penaik Mahathir Anwar