Gelombang Rakyat

P 36 Kuala Terengganu - WANG ROYALTI Mampukah Wan Farid Debat Shamsul..?


Sebahagian Dulu

Bakinya Entah Bila!


Di mana dan dari siapa Rakyat Malaysia boleh dapat tahu perihal Wang Royalti?

Ahmad Said pun masih menunggu, apa yang dikatakan laporan sampai sekarang apa laporang pong belum sampai kepadanya.

Tak kan jumlah ini boleh main selindung-selindung, atau semacam tidak mahu dijawab dengan sebenarnya ketika ada yang bertanya.

Dari Blog Go Malaysia,

Shamsul cabar Wan Farid berdebat

10
Jan


[suarakeadilan.com] Shamsul cabar Wan Farid berdebat

KUALA TERENGGANU, 9 Jan (SK)- KETUA Angkatan Muda KeADILan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin mencabar calon Barisan Nasional (BN) Wan Ahmad Farid Wan Salleh untuk berdebat dengan beliau mengenai royalti minyak untuk rakyat Terengganu.
Tak kan Petronas serah wang kepada kerajaan pusat, jumlah ini tiada dicatitkan. Tentu ada akaunnya.

Kerajaan Pusat pula, tentu ada dicatitkan berapa yang telah diserahkan oleh Petronas. Tentu ada akaunnya.

Saya tidak pandai kira-kira atau ilmu hisab. Namun setakat asas campur tolak mudah yang diketahui ialah:

01. Menjawab soalan Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika Presiden KeADILan itu menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Amirsham Abdul Aziz mengatakan bahawa sebanyak RM 7 billion wang royalti telah diserahkan oleh Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri Terengganu.

02.
Menteri Besar Terengganu ketika itu, Idris Jusoh, telah menafikan jawapan Amirsham dengan mendedahkan bahawa yang diterima oleh kerajaan Negeri Terengganu hanya sebanyak RM 5 billion.

03.
Persoalannya, mana perginya RM 2 billion ? Kalau di ambil kira RM 400 juta yang telah diserahkan oleh Najib kepada Menteri Besar Terengganu beberapa hari sebelum penamaan calon pilihanraya kecil Kuala Terengganu, maka jumlah yang masih lagi hilang ialah RM 1.6 billion.

0 comments: