Gelombang Rakyat

P 36 MAWE PAS PR - Perang Dalaman UMNO Bersambung..!

Suasana tidak peduli akan bermula. Siapa di kalangan pemimpin Barisan Nasional kisah lagi Terengganu, Kuala Terengganu, WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh kalah.

Apa yang tidak beres di sana sudahkah dibereskan.

Bayaran yang sepatutnya. Peruntukan yang dijanjikan.

Macam-macam lagi.

Seterusnya para pemimpin UMNO akan sibuk, dan menyibuk, lalu menyambung kempen pemilihan pemimpin yang semacam bukan berita panas nasional.

Perang Dalaman UMNO bersambung.

Kekalahan Barisan Nasional di P 36 Kuala Terengganu...

Mahathir Mohamad sudahpun menyambung supaya Abdullah Ahmad Badawi bertanggungjawab. Pastikan Abdullah Ahmad Badawi tidak terlintas sedikitpun untuk terus duduk di kerusi Presiden UMNO.

Namun, dari kem Abdullah Ahmad Badawi, mereka akan tekan Mohd Najib Abdul Razak, sebagaimana Abdullah Ahmad Badawi ditekan supaya bersara awal.

Panas bila sebahagian ahli dan pemimpin UMNO menekan Abdullah Ahmad Badawi. Sebahagian lagi ahli dan pemimpin UMNO menekan Mohd Najib Abdul Razak.

Lagi panas ialah sebahagian ahli dan pemimpin UMNO akan menekan kedua-duanya sekaligus. Bersara awal dan letak jawatan.

Pemimpin perlu sedar betapa kuatnya suara pemimpin tempatan. Namun, sememangnya suara mereka telah tidak dipedulikan di P 36 Kuala Terengganu. Tak apa. Tapi siap engkau orang.

Sememangnya kedengaran para pemimpin yang telah berperanan menyatakan bukan satu faktor, ada banyak faktor kekalahan Barisan Nasional di P 36 Kuala Terengganu. Ini adalah kerana masing-masing ialah satu daripada faktornya.

Sila baca pos istimewa

About Me

My Photo
dollah yankee
george town, penang, Malaysia
(anak kota metropolitan yang hidupnya gelandangan)born during hippies years and woodstock festival taken place,when penang island is a duty free island,where you need to go through a customs officer in and out of the island.
View my complete profile

Georgetown, Penang

Monday, January 19, 2009

Post-Mortem P36 KT: 10 Faktor BN/UMNO Bungkus

Macam biasa laa dalam sidang akhbar lepas kalah ... "Kita akan melakukan post-mortem, kita akan cari punca ..". Tak apa, tak payah susah-susah, dollah yankee dah pun buat post-mortem, sebab kalah ada 10 sebab...

Sambungan di sini:

http://dollahyankee.blogspot.com/
Dari atas, kita akan lihat peperangan dalaman UMNO meliputi Wanita, Pemuda, Puteri, sampai ke cawangan.

Setiap mereka bukan segar, masing-masing ada parut dan luka dari PRU 12, P 44, dan terkini P 36.

Jika ada lagi pilihanraya kecil selepas Pemilihan Pemimpin di Perhimpunan Agung UMNO, maka masing-masing tidak ada kerja lain bertanding sahaja Lah...

0 comments: