P 36 MAWE PAS PR - Saya Risau Dengan Janji Pilihanraya Najib..!
Barangkali ada individu yang menulis apa yang telah kerajaan Barisan Nasional janjikan di P 36 Kuala Terengganu. Termasuk janji yang diumumkan Mohd Najib Abdul Razak.
Berasa kurang yakin, namun tidak mengapa Lah, Abdullah Ahmad Badawi berjanji pembangunan di P 36 Kuala Terengganu diteruskan walaupun Barisan Nasional kalah.
Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Abdul Razak yang telah berjanji dan berjanji bahawa janji itu ditunaikan, bahawa mereka mantan dan merangkap Menteri Kewangan Malaysia.
Harapan saya ialah mereka berterus-terang bahawa janji tersebut bukan Lah kerana pilihanraya, malahan sememangnya dalam kerangka pembangunan di sini.
Dalam memenuhi janji, perlu ada monitor akan kelangsungannya. Umpamanya 538 Kontraktor yang mendapat projek, adakah mereka melaksanakannya dengan betul, bukan mendapat peruntukan dan berbelanja bukan-bukan pula.
Seterusnya apakah pembangunan di kawasan lain, kawasan Parlimen yang tidak ada pilihanraya kecil. Adakah kawasan ini di seluruh Malaysia tidak termasuk dalam kerangka pembangunan nasional.
Jika ada, bagaimana perlangsungannya...
Apakah kerajaan Barisan Nasional akan meminggirkan negeri di perentah Pakatan Rakyat. Jika ya, mengapa begitu?
Semoga kerajaan Barisan Nasional memimpin dan melaksanakan semua ini dengan betul. Jika tidak betul, Rakyat Malaysia lebih ramai daripada pemimpin kerajaan pusat, dan dengan teknologi terkini, kita cepat tahu.
Diharapkan tidak terfikir mereka untuk membuat sesuatu yang tidak betul, kemudian bila Rakyat Malaysia dapat kesan, ditekan, cepat-cepat mereka ubah keputusan.
Usah Lah begitu...
Usah Lah...