Gelombang Rakyat

BLOW - 31 Mac 2009 - PM Bersara Awal..! Malaysiakini

Abdullah bin Haji Ahmad Badawi urged to bringi...Image via Wikipedia

Zubli Zainordin Avatar

Zubli Zainordin

Sukar untuk dipercayai. Namun semakin kencang menjadi kenyataan. Abdullah Ahmad Badawi bakal bersara awal. Tarikhnya ialah 31 Mac 2009, Selasa.

Tiga hari selepas perhimpunan agong UMNO 9 Mac 2009 ini, Abdullah Ahmad Badawi, akan melepaskan jawatan Presiden UMNO.

Walaupun ada spekulasi bahawa Abdullah Ahmad Badawi tidak akan kota janjinya, namun di atas kesedaran UMNO perlukan pemimpin yang baru, maka Abdullah Ahmad Badawi telah memilih untuk tidak duduk di kerusi ini lagi.

Bagaimanapun, suasana ini bakal berubah. Abdullah Ahmad Badawi berkemungkinan akan kekal dikerusi Perdana Menteri Malaysia, sehingga tamat tempoh dianggarkan pada sekitar 2013.

Peleknya, sebelum ini ada pemimpin Pakatan Rakyat yang membawa usul tidak konfiden terhadap kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi.

Kali ini, dalam persidangan kali Ke-12, 16 Februari 2009 sehingga 19 Mc 2009, pemimpin yang sama akan membawa usul konfiden terhadap Abdullah Ahmad Badawi.

Dipercayai usul ini akan dibawa oleh Anwar Ibrahim.

Tentunya dengan sokongan Abdul Hadi Awang, dan Lim Kit Siang, serta yang lain juga.

Barangkali manisnya ialah kepada Abdullah Ahmad Badawi, ahli dan pemimpin UMNO menolaknya, sedangkan ahli dan pemimpin Pakatan Rakyat menerimanya sebagai pemimpin utama teraju negara.

Pun begitu, para pemimpin Pakatan Rakyat dilihat sebagai punyai motif. Mahu mencapai kemenangan PRU 13 atau pembentukan kerajaan baru semasa Abdullah Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia. Bukan penggantinya.

Pada saya, tiada ada yang peribadi dengan Abdullah Ahmad Badawi. Saya pernah temuinya, dan dia insan yang baik. Ramah dan mesra.

Namun, dari sudut kepemimpinan, dan sebagai pemimpin, terutama sebagai Perdana Menteri Malaysia, Pengerusi Barisan Nasional, Presiden UMNO, Menteri Kewangan I Malaysia, Menteri Pertahanan Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi, saya telah bariskan corot.

Hormat atau sayang kepada Abdullah Ahmad Badawi, pada saya, tidak boleh mengorbankan kemajuan Rakyat Malaysia dan kemakmoran Negara Malaysia.

Itu keutamaan kepada saya.

Saya tahu ada yang punyai pandangan berbeza. Silakan. Saya hormat pandangan anda. Namun ini ialah pandangan saya.

Biarlah Abdullah Ahmad Badawi bersara awal...

InsyaAllah, asalnya itu perjuangan, dan BLOW akan tidak memfokusnya lagi. Terkecuali sedikit jika tidak tiadapun langsung.
Reblog this post [with Zemanta]

2 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Tahniah kerana warna blog yang lebih anggun manggun.

Tentang paklah - adeh !!

Gelombang Rakyat said...

Kluangman

It is okay.

Nothing personal dengan Pak Lah.

Professionally, masih jelas sehingga Pak Lah betul-betul bersara awal.