Gelombang Rakyat

BLOW - Ahmad Saabun Dan Bangunnya Blog Mandat Rakyat..!

Syabas dan Tahniah!

Kesedaran http://ahmadsaabun.blogspot.com/
hanya Allah jua ganjarinya.

Kini Ahmad Saabun telah membangunkan Mandat Rakyat.

http://www.mandatrakyat.blogspot.com/.

Rasanya tiada siapa mahu UMNO BN merangkul semula, dan merampas Selangor semacam kejinya mereka merampas Perak. Ya, sambil itu mereka telah juga merobohkan demokrasi dan mencemarkan Istana Perak.

Mungkin bakal dibabitkan semua Raja dan Sultan Melayu, untuk melemahkan Pakatan Rakyat.

Namun Insitusi ini, sentiasa prihatin Rakyat jelata.

Kepada semua, dan jika sama sehaluan, jom Lah Ahmad Saabun sertai BLOW dan ahli Bloggers Network @ Selangor Malaysia.

Hayati perjuangan dikongsi bersama.

Bukan mudah berhadapan dengan para Bloggers UMNO BN. Mereka ramai, lengkap infra struktur, dan mewah.

Kita ini free sahaja. Semua serba-serbi sendiri. Tiada upah tiada ganjaran. Tanyalah pemimpin PKR, PAS, atau DAP Selangor, sesen pun tak dapat dan tidak diberi mereka.

Kita ini, ada air sejuk minum lah dan bayangkan jus kiwi atau jus anggur. Ada biskut cekik lah selagi larat. Tak ada, puasa lah jawabnya.

Walaupun tiada Maidah turun dari langit, rakan di Bloggers Network @ Perak Malaysia, Bloggers Network @ Selangor Malaysia, dan ramai lagi, nama nak jadi penulis upahan tidak sekali-kali.

Perjuangan untuk Rakyat Malaysia dan Negara Malaysia diteruskan...

0 comments: