BLOW - BN Baris Muka Lama Muka Baru Di Perak - Tapi Rakyat Setuju Tak Muka-Muka Mereka Ini..?
ZiZi,
Cucu Tok Acheh Pedagang Cina
Ahli BLOW - Blogger WawasanPrima Maya Bloggers Network @ Selangor Malaysia
Wa sedang fikir nak beli mata kail untuk dibawa memancing kat Gunung Semanggol.
Sambil itu...
Wa rasa macam dah tak laku pula suara Rakyat di Perak yang telah dinyatakan pada PRU 12.
Namun, kata Lah apa nak kata, setakat ini Barisan Nasional teruskan juga pembentukan kerajaan negeri Perak Barisan Nasional.
mSTAR OnLine melaporkan...
KUALA KANGSAR: Enam Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak yang baru, yang terdiri dari dua muka lama dan empat muka baru, hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah di sini pagi ini.
Mereka terdiri dari dua bekas Exco, Datuk Ramly Zahari (ADUN Manong) dan Datuk Saarani Mohamad (ADUN Kota Tampan).
Empat muka baru pula terdiri daripada Ketua Pemuda MCA Perak, Dr. Mah Hang Soon (ADUN Chenderiang), Ketua Pemuda Umno Perak, Zainol Padzi Paharudin (ADUN Sungai Manik), Hamidah Osman (ADUN Sungai Rapat) dan Mohd Zahir Abdul Khalid (ADUN Kamunting).
Kesemua mereka menandatangani watikah pelantikan disaksikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh Datuk Zainal Adzam Abdul Ghani.
Jumlah exco yang diumumkan hari ini adalah jauh lebih kecil berbanding 10 orang sebelum ini.
- BERNAMA
BARISAN EXCO PERAK
1) Hamidah Osman (ADUN Sungai Rapat)
2) Datuk Ramly Zahari (ADUN Manong)
3) Dr. Mah Hang Soon (ADUN Chenderiang)
4) Datuk Saarani Mohamad (ADUN Kota Tampan)
5) Mohd Zahir Abdul Khalid (ADUN Kamunting)
6) Zainol Fadzi Paharudin (ADUN Sungai Manik)
Enam sahaja?Mengingatkan wa satu filem arahan Tan Sri P Ramlee.
Lupa lak tajuk filem itu.
Sebenarnya Wa lebih utamakan memikir, berapa harga mata kail dan berapa jumlah yang cukup nak di bawak ke Gunung Semanggol, memancing..!
Tajuk filem..?
Emm tak apa lah.
Wa rasa cukup kalau wa beli 6 mata kail jah. Berapa lak harganya..?