Gelombang Rakyat

BLOW - The Grand Design - Selepas Perak Serang Kedah Fasa Satu..!

Cucu Cina AchehZiZi,

Cucu Tok Acheh Pedagang Cina

Ahli BLOW - Blogger Wawasan
Prima Maya Bloggers Network @ Selangor Malaysia


Memang ngeri cara permainan politik The Grand Design.

Malaysiakini melaporkan...
  • A by-election in Bukit Selambau?
    Feb 8, 09 11:59pm
  • Arumugam VengatarakooIt is leant that PKR's V Arumugam had decided to throw in the towel following tremendous pressure on him and his family to defect to Barisan Nasional.MORE
  • Official confirmation tomorrow?
    Police report lodged on threats
http://www.malaysiakini.com/

Jika sudah ada tanda begini. Serangan fasa 1, namanya.

Kedah sememangnya satu daripada sasaran lain-lain negeri kerajaan Pakatan Rakyat. Sama ada Kedah tumbang dahulu, atau Selangor, atau Pulau Pinang, atau Kelantan.

Namun, dijangkakan usaha The Grand Design ialah tumbangkan semua satu per satu dan rampas kuasa, apa cara yang mereka suka.

Sedang ini telah bermula, pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat terus tumpu Perak lagi, dan pemimpin Pakatan Rakyat Kedah masih terus yakin...

07 February 2009

AHLI PAS KEDAH PERLU BERSEDIA

oleh

Kemelut politik yang melanda Pakatan Rakyat Perak sehingga mencetuskan krisis perlembangaan dan jatuhnya kerajaan Pakatan Rakyat Perak di bawah kepimpinan Dato Seri Mohd Nizar Jamaluddin pada Jumaat (6 Feb), sememangnya telah dijangka sejak dari awal lagi.


Ini kerana UMNO/BN yang merupakan sebuah komponen parti politik yang rakus kuasa di Negara ini tidak mungkin membiarkan kerajaan Pakatan Rakyat terus berkuasa di negeri-negeri yang telah ditumbangkan pada PRU `12. Kejatuhan regim UMNO/BN telah dilakukan melalui undi rakyat dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi.


Namun, atas sisa kuasa yang masih dimiliki oleh mereka (UMNO/BN), digunakan semaksimanya untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dengan cara yang pelbagai. Antaranya, ugutan, tawaran jawatan dan rasuah duit. Kaedah yang digunapakai oleh mereka bukan lagi menjadi rahsia umum, bahkan sudah keperingkat menjadi budaya mulia dikalangan mereka (UMNO/BN).


Setelah mereka berjaya melumpuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, kini tidak mustahil mereka akan terus ke neger-negeri lain terutamanya Kedah. Kedah menjadi pilihan kedua kerana ia diwakili oleh 16 adun PAS, lima adun PKR dan satu adun DAP. Dengan kelebihan majoriti lapan kerusi dalam PRU 12 lalu, kerajaan Pakatan Rakyat dapat ditubuhkan di Kedah dalam tempoh tidak sampai 72 jam. Dan di kira sebagai kerajaan negeri yang paling awal berjaya dibentuk dengan perkenan KDYMM Al-Sultan Kedah Darul Aman.


Lagi di sini:


http://kedahlanie.blogspot.com/2009/02/ahli-pas-kedah-perlu-bersedia.html


InsyaAllah, bersambung...

1 comments:

Unknown said...

Walaupun lompat parti tidak menjadi kesalahan dari segi undang-undang tetapi ia tidak sepatutnya boleh menyebabkan parti pembangkang mengambil alih kuasa secara automatik. Kalau pengambilan kuasa secara automatik ini dibenarkan maka kerja kita tidak ada lain melainkan sentiasa mengusahakan ADUN-ADUN melompat parti sahaja.
Akhirnya tahun ini mungkin BN dapat kuasa, tahun depan bertukar ke PR pula, bergantung kepada keaktifan katak-katak dalam negeri tersebut.
Oleh itu cara yang lebih bermaruah, selain dari membenarkan ADUN melompat parti, Menteri Besar hanya boleh dilucutkan hanya melalui undi tidak percaya ahli dewan atau MB sendiri yang sukarela letak jawatan.
Pengambilan kuasa secara automatik melalui lompat parti seharusnya tidak dibenarkan.