BLOW - The Grand Design - Seorang Ahlinya Telah Dikenalpasi..!
ZiZi,
Cucu Tok Acheh Pedagang Cina
Ahli BLOW - Blogger WawasanPrima Maya Bloggers Network @ Selangor Malaysia
Saya pernah menontonnya sekali di TV ketika dia ditembual memberi ulasan keputusan PRU 12. Dari temubual itu, jelas siapa dia ini.
Kaitan dia dengan PM, dengan Bosnya, dan saya tahu pasukan apa yang telah dibentuknya, dan operasi apa sedang dijalankannya. Memang very organized. Malangnya, dalam pasukan cabang ini ramai yang mondok dan tidak sehebatnya.
Saya dapat maklumat, pasukan ini kecil.
Saya setuju begini. Di peringkat atasan, macam struktur piramid, memang kecil pasukannya. Ianya berdasarkan Trust.
Namun, pada saya The Grand Design pasukan yang besar. Ini memandangkan force di Perak. Ertinya, pemimpin di peringkat atasan, pasukan kecil, namun masing-masing membentuk pasukan khusus lagi dan menjadi besar.
Mari kita ambil dia, dan pasukannya.
Saya dapat jangkakan di mana mereka ini beroperasi.
Selepas sahaja PRU 12, kami berlima bertemu Bosnya. Cara set-up di situ memang canggih. Tiba-tiba saya bertemu kawan lama. Berbual mesra. Kawan lama, kami satu tahu kekuatan masing-masing.
Namun di antara kami berlima yang bertandang, seorang memang kuat. Macam magnet, mereka terus kamcing.
Bila dikenang kembali, mampukah pasukan ini lakukan bersama pasukan lain dalam The Grand Plan, merampas Perak.
Perlu jawab kah?
Kini bila saya sukat kekuatan total mereka, memang, saya rasakan The Grand Plan mempunyai kemampuan melakukan yang sama di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, dan Kelantan.
Awalnya saya katakan Kelantan susah sikit.
Kini saya nampak, setiap negeri kerajaan Pakatan Rakyat bukan sesusah mana pada mereka ini.
Pun begitu, dalam kekuatan mereka ini, ada banyak weak spots. Di Perak, Zambry Abdul Kadir.
Di Selangor, belum nampak tanda. Ura-ura ada.
Tidak mengapalah cakap pun bukan sampaipun. Biarlah Menteri Besar Selangor seronok dan yakin sebagaimana yang dia suka.
Saya pernah ke satu tempat jumpa kawan. Di tempat ini, sememangnya saya yakin ada satu pasukan lagi. Tempat ini, 5 minit dari kediaman dan pejabat Ehem! Dia yang dok yakin sangat itu.
Namun Bloggers di Selangor serba kekuranganpun, barangkali mampu memberitahu bila kota Selangor sudah mereka pecahkan masuk kelak.
Jika dirasakan masih awal lagi, saya lebih suka jika Anwar Ibrahim dibenarkan undur setapak ke belakang, dan naik setapak ke atas, untuk melihat senerio ini dalam perspektif lebih luas dan besar.
Perak, biarlah pemimpin lapis kedua ke hadapan dua tapak. Jika tidak bila lagi mereka nak belajar jadi pemimpin jika bukan semasa krisis begini.
Anwar Ibrahim perlu berperanan lebih besar untuk menghadapi The Grand Plan.
Sementara itu, dia yang disebut awal tadi, telah menjadi perhatian ramai Bloggers rupanya. Kerana bila di google search, memang banyak maklumat perihalnya.
InsyaAllah, sama-sama kita kongsi, supaya Selangor kekal sebagai kerajaan Pakatan Rakyat, dan tidak tumbang atau dirampas sebagaimana Perak.