Gelombang Rakyat

BLOW - Hari Ini Satu Kemenangan! Blogger Eyes Wide Open Sudah Memihak Demi Kebenaran Untuk Rakyat..! Malaysiakini

Najib Tun Razak, Deputy Prime Minister of Mala...Image via Wikipedia

Zubli Zainordin

Minat melawat, membaca, dan komen di Blog Eyes Wide Open.

Ada ketika dia berkunjung ke A Total Blog. Ada komennya di situ.

Banyak persamaan kami. Setakat ini belum saya temui perbezaan. Kecuali dia neutral, tidak memihak.

Saya dulupun neutral, tidak memihak.

Tetapi, semakin Mohd Najib Abdul Razak mendekati kerusi kuasa, saya pun mula memihak.

Terkini, Blogger Eyes Wide Open, telah mengisytiharkan dia pun telah mula memihak.

Ramai jugak Blogger yang saya tahu, mereka pun tidak memihak. Neutral.

Tapi senerio politik sudah berubah. Dan senerio politik selepas penganiayaan menimpa Elizabeth Wong, akan alami perubahan paling dahsyat.

Saya tidak tahu pandangan Eyes Wide Open, saya yang memandang dengan A Total View, masih kerling Abdullah Ahmad Badawi, kot-kot dia tidak jadi bersara awal.

Harapan saya dia bersara seawal 9 Mac 2008.

Namun, Eyes Wide Open dan A Total View, mudah dan cepat nampak kemaraan Mohd Najib Abdul Razak.

Atas sebab itulah, kami masing-masing memihak.

Memang Blogger yang neutral, mudah objektif penulisannya. Namun, menjelang April 2009, memilih untuk jadi neutral mudah kena langgar, ibarat berdiri di bahu jalan apa pun tiada terjadi, sebaik sahaja melangkah nah 10 lori melanggar silih berganti.

Begitulah April 2009 kelak telah dimulai 5 Februari 2009, kita dapat perhatikan dia dipuncak kuasa, dan selainnya di bawah dan di sisi. Semua itu memihak kepadanya.
Mohd Najib Abdul Razak
no2umno.wordpress.com
Nak tahu macam mana sesiapa mudah memihak kepadanya? Kaji bagaimana dia terajui pilihanraya P 36 Kuala Terengganu baru-baru ini.

Berhadapan dia dan pihaknya, di sebelah sini ialah mereka yang tidak memihak kepadanya, yakni pemimpin, parti, pakatan, Pakatan Rakyat, Pejuang, dan sebahagian besar Rakyat Malaysia.

Bayangkan, jika pilihanraya dia menang, bagus. Jika dia kalah, kemungkinan selepas itu dia rampas pulak.

Siap siaga..!
Mohd Najib Abdul Razak
flickr.com
Gelap..!

Reblog this post [with Zemanta]

3 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Kita memang diberi dua pilihan - kanan atau kiri
depan atau belakang
atas atau bawah..

Tapi bila eli beri dua pilihan kiri dan kanan sekaligus.
Saya mengambil jalan tengah...

Eyes Wide Open said...

bro

amat besar penghormatan yang diberimu disini! terima kasih atas sokongan kuat anda.

Semoga usaha kita membawa perubahan kukuh untuk Malaysia tercinta kita

Gelombang Rakyat said...

Eyes Wide Open

Saya baru jumpa rakan Blogger sama perjuangan.

Jom kongsi info, supaya pos di blog kita masing-masing memanfaatkan Rakyat Malaysia.