Gelombang Rakyat

BLOW - Info N 29 Batang Ai..! Malaysiakini


Dari laporan Malaysiakini:

Beberapa Fakta...

Adun Batang Ai meninggal dunia
Feb 24, 09 9:26am

dublin unting ingkotAhli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Ai, Datuk Dublin Unting, 53, meninggal dunia pada kira-kira jam 1.25 pagi tadi akibat serangan angin ahmar.

Lagi di sini:

http://www.malaysiakini.com/news/98931


bm version batang air state seat 240209




N 29 Batang Air terletak di kawasan pedalaman di wilayah selatan Sarawak, berdekatan dengan sempadan barat Kalimantan. Ia terletak kira-kira 200km di timur ibu negeri Sarawak, Kuching.

Sarawak akan hanya mengadakan pilihanraya kecil pada 2011. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu mengadakan pilihanraya kecil dalam tempoh 60 hari di N 29 Batang Ai.

Mengikut undang-undang pilihanraya, SPR boleh membiarkan kerusi itu kosong sekiranya pilihanraya negeri perlu diadakan dalam tempoh 18 bulan.

Bagaimanapun, dalam kes N 29 Batang Ai, tempohnya melebihi dua tahun sebelum penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berakhir.

N 29 Batang Ai, satu kawasan majoriti pengundi Iban.

Terdahulu, Dublin Unting Ingkot, menang dengan majoriti 806 undi, apabila mendapat 3,295 undi manakala Bawin mendapat 2,489 undi.

Bawin telah menyertai PKR dan dilantik sebagai naib pengerusi parti tersebut.

Dikatakan bahawa N 29 Batang Ai ialah ujian pertama Pakatan Rakyat di Sarawak sejak pilihanraya umum pada Mac 2008.

Tidak seperti negeri-negeri lain, Sarawak tidak mengadakan pilihanraya negeri serentak dengan pilihanraya umum.

Pilihanraya negeri Sarawak diadakan pada Mei 2006 di mana parti pembangkang DAP berjaya memenangi beberapa kerusi dalam kawasan kubu kuat BN, yang dipimpin oleh Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dari PBB.

Sama-sama kita saksikan apa yang bakal berlaku seterusnya...
Reblog this post [with Zemanta]

2 comments:

ISA said...

Aduh... Batang apa Tok...

Ai... Cucu tak nampak kecik sangat tulisannya... cucu ni rabun dekat dan jauh...

ha..ha..ha..

Gelombang Rakyat said...

Font sini masih sasau lagi...

Hihihi.

Pak Chik ISA boleh betulkan dak?