Gelombang Rakyat

BLOW - Kemelut Di Perak Akan Lebih Kusut - Bila Haq Tegak Bathil Tumbang..!

Cucu Cina AchehZiZi,

Cucu Tok Acheh Pedagang Cina

Ahli BLOW - Blogger Wawasan
Prima Maya Bloggers Network @ Selangor Malaysia


Rakyat di Perak mula merasa nikmat dari pemerentahan kerajaan Pakatan Rakyat. Belum sepenuhnya, namun sudah bermula. Seronoknya ialah pemimpin yang lurus Muhammad Nizar Jamaluddin menerajui. Check and Balance dari pemimpin PAS - Parti Islam Se-Malaysia, DAP - Democratic Action Party, dan PKR - Parti KeADILan Rakyat.

Pendekatan PAS dan Pakatan Rakyat mentadbir negeri membawa aura baru di Perak. Pemimpin dan Rakyat nampak, satu kecantikan seperti Kelantan, dan sama meningkat seperti Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Bila ketaqwaan menyelubungi pemimpin, diapun elok, negeri pimpinannya mula elok juga.

Namun, payah bagi para pengamal budaya lama. Sudah sebati. Dan mereka tersepit.

Pada mereka ini, berita seronok ialah Barisan Nasional merampas kerajaan negeri Perak Pakatan Rakyat.

Tapi ini menimbulkan kemelut.

Dengan banyak sekali poin yang tak kena, keadaan bakal bertambah kusut.

Pun begitu, bila masa mencukupi, Barisan Nasional boleh melakukan sesuatu untuk mempamerkan nikmat kepada Rakyat Perak. Terutama melalui saluran peruntukan.

Malang. Sungguh malang. Perancangan ini bakal gagal, kerana adanya pilihanraya di P 59 Bukit Gantang.

Pilihanraya yang membuka ruang pendedahan rapuhnya Barisan Nasional.

Lebih mendedahkan ialah rampasan kuasa yang keji di Perak, banyak poin yang tak kena, kini sedang mula didedahkan.

Bila Haq tegak dan Bathil tumbang...

Sama-sama kita saksikan, bagaimana Barisan Nasional terkubur, kerana perlakuan merampas Perak dengan keji ialah satu penggalian kubur yang besar untuk Barisan Nasional, pilihan para pemimpin mereka sendiri.

InsyaAllah kemenangan bakal berpihak kepada Rakyat Malaysia khususnya di Perak...




Sumber Foto sya~reformis

2 comments:

Anonymous said...

Dear ZiZi,

Salam.

Gali kubor besor-besor...
Tumporkan deme dan masuk kan dalam kubor tu...
Sebelum tumporkan deme... bior deme mengelupor dulu...
Kerja kuat kita weh... untuk Parlimen Bukit Gantang!!

Gelombang Rakyat said...

InsyaAllah

A Mum Of Three Mohd

Kali ini senang sikit, pasai BN dema yang gali kubornya, dema sendiri masuk, dan kamboih.

Kita terus bersama kebenaran-Nya, sepertimana di P 36 dulu.

P 59 Bukit Gantang memang syok. Panglimanya itu ada kena mengena dengan warisan emak saya, rupanya.

Anak Perak bersatu mempertahankan hak kita.

Jom!