Gelombang Rakyat

BLOW - Keserentakanan Pak Lah & Najib Masuk Gear Undur Satu

Malaysian Minister of Defense, Najib Razak, pi...Image via Wikipedia

Cucu Cina AchehZiZi,

Cucu Tok Acheh Pedagang Cina

Ahli BLOW - Blogger Wawasan
Prima Maya Bloggers Network @ Selangor Malaysia

Wa tidak percaya bahawa Abdullah Ahmad Badawi akan bersara awal dari kerusi Perdana Menteri Malaysia.

Wa telah dengar ada pandangan bahawa Mohd Najib Abdul Razak tiada peluang sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-6.

Namun apa dilaporkan media ialah Abdullah Ahmad Badawi akan bersara dan Mohd Najib Abdul Razak akan berkuasa duduk di kerusi Perdana Menteri Malaysia melalui peralihan kepemimpinan.

Wa tidak yakin ini akan berlaku.

Pun begitu, jika benar-benar berlaku, dan Abdullah Ahmad Badawi tidak tipu perihal ini, maka Wa faham bahawa hari terakhir Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-5 ialah ialah 31 Mac 2009. Maka 1 April 2009 hari pertama Mohd Najib Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-6.

Tetapi tidak 1 April 2009..!

Hehehehe...

Media melaporkan bahawa 31 Mac 2009, hari Abdullah Ahmad Badawi bersara dengan rasminya, pada hari itu juga Mohd Najib Abdul Razak dengan rasminya mengambil alih teraju kepemimpinan negara.

Ini serupa Lah secara serentak. Ya Keserentakanan macam sebuah kereta di mana Abdullah Ahmad Badawi Masuk Gear Undur sekaligus Mohd Najib Abdul Razak Masuk Gear Satu.

Jerking beb..!

Seronok Lah orang yang kata, I told you so, R.A.H.M.A.N. bukan R.A.H.M.A.A.N. atau R.A.H.M.A.T.

Tidak mengapa, namun lucu jugak bila tarikh 1 April itu berkaitan dengan fool, lazimnya pemimpin politik tak kisahpun, namun di Malaysia kisah gak ye?

Berkaitan:

http://in.reuters.com/


http://www.themalaysianinsider.com/

4 comments:

Isa said...

Tuan,

Apa 1 April... oohhh tidak...takut Najib jatuh pengsan takpun kiok terus...

Bila mendengar PakLah jerit "April Fool".... ha..ha...ha...

ZiZi said...

ISA

Saya tak leh bayangkan brapa cupak gantang kilo Pak Lah dah gelak, hanya menentukan tarikh itu.

bayangkan hulur fail jah dia jerit itu.

namun najib telah dibantu tetuan penasihatnya.

awkward tapi tengok lah nanti cam maner.

wa rasa tiada bersara awal dan peralihan kuasa.

Isa said...

Tuan,

Lu punyia analisis sudah jadi bahan posting wa... leih kurang halal yea... ha..ha..ha..

Check email....

Tok Bebayang Acheh Dan Cucunya ZiZi said...

Cantik!

Wa sudah baca.

Terima kasih sahabat...