Gelombang Rakyat

BLOW - Lama Tak Tengok Najib Senyum - Awas Usah Kita Leka Dia Akan Ketawa..!

Cucu Cina AchehZiZi,

Cucu Tok Acheh Pedagang Cina

Prima Maya Bloggers Network @ Selangor Malaysia

Ahli BLOW - Blogger Wawasan


Ini yang wa sedar...

Sejak PRU 12, semuanya telah mula dirancang. Secara senyap. Tawan kembali kerajaan negeri dan tambah jumlah wakil Barisan Nasional di Parlimen.



Semua ini belum menjadi nyata. Lain-lain hal datang bertubi.

Barangkali Mantan MB tidak sampai ke tahap yang dikehendaki. Selangor hampir berjaya.

Nampaknya Perak pula menjadi pemula. Sejurus Mohd Najib Abdul Razak mengganti Tajol Rosli Ghazali.

Sumber foto: mSTAR OnLine.

Pesanan untuk Pakatan Rakyat - Pemimpin dan Penyokong.

Jika dalam parti tidak sekata. Jika dalam pakatan pun juga. Awas. Selepas Perak, Selangor, dan kemudian Pulau Pinang, seterusnya Kedah, dan kembali Kelantan menjadi fokus paling mencabar.

Jika melalui pilihanraya kuasa Rakyat Malaysia tidak memihak kepadanya, dengan cara lain, apapun asal berjaya, jumlah akan diperolehinya, dan Rakyat Malaysia akan menggalas bebannya.

Suara ini mungkin tidak dapat didengar kini. Sebab bising sebahagian yang marah. Sebahagian lagi jerit bersuka-ria. Selain sibuk bertanya.

Jika ini boleh sampai kepada Anwar Ibrahim, dan pasukannya yang kecil.

Ketahuilah pasukan Mohd Najib Abdul Razak, besar. Jumlah ini mampu mereka melihat "The Weakest point", kelemahan dalam kepemimpinan PKR - Parti Keadilan Rakyat, PAS - Parti Islam Se-Malaysia, dan DAP - Democratic Action Party.

Serta mampu juga mereka lihat "The Weakest Point" dalam Pakatan Rakyat.

InsyaAllah, bersambung...

1 comments:

Ahmad Saabun said...

Bacalah, sekurang-kurangnya untuk sebuah bangsa/Salam http://ahmadsaabun.blogspot.com/2009/02/nizar-kekal-mb-perak.html