Gelombang Rakyat

BLOW - Lihat Pemimpin Parti Dan Pakatan Selamatkan Rakyat Dan Negeri Perak..!

Cucu Cina AchehZiZi,

Cucu Tok Acheh Pedagang Cina

Ahli BLOW - Blogger Wawasan
Prima Maya Bloggers Network @ Selangor Malaysia

Senang sahaja nak fahami senerio politik di Malaysia, dan juga di Perak, bila kita melihat Pemimpin, Parti, dan Pakatan yang berusaha untuk selamatkan Rakyat Malaysia di dan Negeri Perak.

Sementara itu kita terus fahami The Grand Plan, supaya dapat dianggar apa langkahnya seterusnya.

Di Perak, perancangan yang lama, teliti, terperinci, calculated, telah membolehkan UMNO BN melakukan satu kekejian di luar norma kepartian ini.

Bahawa demokrasi telah dicabuli.

Dikaji sejarahwan sejarahwanita kelak sebagai suatu kesilapan dan kesalahan.

Kita? Kini?

Mencari hikmah supaya apa yang semacam hilang ditemui semula, apa yang terlepas dimiliki semula, dan apa yang terjadi tidak berentetan pula.

Anwar Ibrahim perlu bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku di Perak. Tiada mengapa mengaku kesilapan. Menerima pandangan serta hukuman. Kesilapan itu ialah sebagai pemimpin, Anwar Ibrahim belum dapat the Total View seni politik tanahair. Jika ada nota lama, perlulah di update.

Namun, Anwar Ibrahim masih lagi harapan semua yang mahukan perubahan. Jika ada pandangan supaya Anwar Ibrahim letak jawatan sebagai teraju, ertinya Pakatan Rakyat telah menebang tiang seri pakatan ini.

Apa diharapkan ialah bangkit lagi para pemimpin dari kalangan PKR - Parti KeADILan Rakyat khususnya, pertambahan pemimpin World Class dari DAP - Democratic Action Party, dan PAS - Parti Islam Se-Malaysia sudah semakin ramai pemimpin, dan rapatkan saf khususnya jika ada pemecahan yang perlu dipersatukan supaya lebih mantap.

Musuh PAS bukan dalaman PAS. Musuh PAS bukan dalaman Pakatan Rakyat. Musuh PAS di luar PAS, dan terutamanya perampas keji Negeri Perak.

Sukar untuk memberitahu semua orang bila berlaku krisis begini, dan semasa inilah suara musuh Allah lantang dan kuat supaya setiap anak dan cucu Adam itu sesat dan tersesat.

Poin yang hendak diberitahu ialah:

The Grand Plan bersalah. Merujuk kepada rampasan kerajaan Negeri Perak.

Untuk tutup kekejian ini, The Grand Plan lagakan Istana dan Rakyat.

Supaya Rakyat di Perak nampak yang salah ialah Baginda Sultan Perak.

Justru, Rakyat salahkan Tuanku dan terlepas Lah The Grand Plan dari betul-betul disalahkan.

Tergamak The Grand Plan, membabitkan Istana, dan mencemarkan nama baik Tuanku Sultan Perak.

Tergamak!

Untuk tutup kekejian ini, The Grand Plan lagakan para pemimpin parti dalam Pakatan Rakyat. Sasaran utama ialah Anwar Ibrahim dan Muhammad Nizar Jamaluddin.

Ragupun diwujudkan supaya hentaman berlaku dari dalam terhadap kedua-dua pemimpin sementara para pemimpin lain mereka galakkan supaya berantakan sesama sendiri.

Maka pengikut dan penyokong akan salahkan Anwar Ibrahim.

Sedangkan, musuh semua di Perak ialah The Grand Plan.

8 comments:

Harimau-Menaip said...

"Namun, Anwar Ibrahim masih lagi harapan semua yang mahukan perubahan. Jika ada pandangan supaya Anwar Ibrahim letak jawatan sebagai teraju, ertinya Pakatan Rakyat telah menebang tiang seri pakatan ini."

Tepat, bernas dan celik politik.

Gelombang Rakyat said...

Harimau-Menaip

Terima kasih kerana komen ini.

Saya sunyi betul sendirian untuk mencari kefahaman apa yang telah terjadi, sedang terjadi, dan akan terjadi senerio politik Malaysia.

Bila menaip komen di sini, sejuk hati saya.

Terima kasih...

Hang Kebun said...

Apa komen anda jika DSAI berjaya menubuhkan kerajaan 'haram' di peringkat persekutuan dengan menggunakan modus operadi yang sama dengan apa yang BN lakukan di Perak (jika benarlah angkara BN)?

Cukuplah. Jangan dihalalkan cara jika DSAI berjaya nanti menubuhkan kerajaan 'haram' peringkat persekutuan. Pastinya anda akan menjawab 'sah di sisi undang2'. Jangan butakan mata hati anda walaupun saya amat tidak bersetuju dengan apa yang sedang terjadi sekarang...

Gelombang Rakyat said...

Hang Kebun

Macam mana saya nak respons komen anda jika anda jawab sudah bagi pihak diri saya?

Ibarat dikatakan Jangan butakan mata hati anda, anda memang Hang Kebun tanam buah mangga.

Sudah dijawab, tapi mungkin anda bukan penanam buah itu.

Cuba terbuka soalan jika mahukan keterbukaan jawapan.

Anda dah ikat tali jadi simpul, sepatutnya pinta rungkaikan. Ini tidak, awak suruh ikat semula, sedangkan dirungkai sudah.

Faham ye?

mer said...

kalau kita fikirkan,ini adalah ketentuan ALLAH,
Sama juga semasa DS Nizar diperkenankan oleh Sultan Perak menjadi MB, kalau ikutkan kerusi DAP, Pengerusi DAP nak, Kalau ikutkan PKR orang dia nak, tapi Sultan pilih DS Nizar, kan ketentuan namanya dan cara sultan sama iaitu panggil semua YB PR untuk pastikan pilihan sultan, sama juga yang berlaku sekarang , sultan panggil semua.
Ketentuan ALLAH ini kita lupa, bila kita dapat kita mengaku kita bagus, bila kita tak dapat kita kata orang tak bagus, jadi kita apa ?
Cuba renung apa yang dah kita lakukan dan mungkin ia telah melukai orang lain tanpa kita sedar atau kita tak sedar-sedar.
ALLAH memberi kuasa kepada yang dia kehendaki dan ALLAH juga yang menarik kuasa tersebut.
Fikirkan lah.

Gelombang Rakyat said...

Mer

Memang ada pengajarannya di situ.

Saya percaya kepada sistem The God's Compensation.

Satu kelebihan maka satu kurang...Allah akan seimbangkan.

Terima kasih.

Unknown said...

Walaupun lompat parti tidak menjadi kesalahan dari segi undang-undang tetapi ia tidak sepatutnya boleh menyebabkan parti pembangkang mengambil alih kuasa secara automatik. Kalau pengambilan kuasa secara automatik ini dibenarkan maka kerja kita tidak ada lain melainkan sentiasa mengusahakan ADUN-ADUN melompat parti sahaja.
Akhirnya tahun ini mungkin BN dapat kuasa, tahun depan bertukar ke PR pula, bergantung kepada keaktifan katak-katak dalam negeri tersebut.
Oleh itu cara yang lebih bermaruah, selain dari membenarkan ADUN melompat parti, Menteri Besar hanya boleh dilucutkan hanya melalui undi tidak percaya ahli dewan atau MB sendiri yang sukarela letak jawatan.
Pengambilan kuasa secara automatik melalui lompat parti seharusnya tidak dibenarkan.

Gelombang Rakyat said...

Alias Mohd Yusof

Pandangan yang bernas...