BLOW - Melihat Perak Dan Memahami BN Di Malaysia..!
0 Comments
»
ZiZi,
Cucu Tok Acheh Pedagang Cina
Prima Maya Bloggers Network @ Selangor MalaysiaAhli BLOW - Blogger Wawasan
Zizi nengok Pak Lah semacam berjalan ke sana ke sini tidak buat apa pun, ketika Rakyat Malaysia semakin derita, dan hala tuju negara entah ke mana.
Najib pula dikaitkan dengan yang pelek-pelek, banyak jawatannya dan entah apa yang dilakukannya namun nampak jelas kepentingannya untuk menduduki kerusi utama negara.
Pemimpin lain dalam UMNO dan parti komponen Barisan Nasional, semacam terpinga-pinga, hilang sentuhan, dan merapu menonong tak tentu hala.
Ramai di antara mereka yang masih kebingungan tidak memahami mesej PRU 12, kejutan di P 44, dan kezutan di P 36.
Rakyat Malaysia sudah hilang keyakinan kepada pemimpin, parti dan gabungan Barisan Nasional.
Nyata sekali pemimpin, parti, dan gabungan Barisan Nasional menunjukkan prestasi semakin hari semakin teruk dan buruk.
Di sebaliknya, pemimpin, parti, dan gabungan Pakatan Rakyat, menunjukkan janji, prestasi semakin hari semakin maju dan meyakinkan.
Semakin ramai berpandangan, alangkah indahnya, betapalah cantiknya jika pemimpin Pakatan Rakyat menjadi Perdana Menteri Malaysia kini, dan Pakatan Rakyat membentuk dan melaksanakan kerajaan pusat.
Dek kerana keputusan PRU 12, Rakyat Malaysia dalam dilema, Pakatan Rakyat belum mendapat tempat sewajarnya, sedangkan Barisan Nasional tak buat apapun yang memanfaatkan Rakyat, namun masih boleh selesa untuk tidak pedulikan Rakyat Malaysia, sambil terus mengintai peluang dan nikmat dikecapi sebilangan sahaja.
Pemerhati politik dan peminat kepemimpinan Melihat Perak Dan Memahami BN Di Malaysia..!
Benar DUN ada 59. Kedudukan memihak kepada 30 Pakatan Rakyat. Dijangkakan berdasarkan prestasi kedua-dua gabungan, jika ada pembubaran, pilihanraya mengejut, nisbah bakal menjadi anggaran 10 Barisan Nasional dan 49 Pakatan Rakyat.
Mungkin berbeza nisbah sebenarnya kelak daripada apa yang dijangka, jika ingin tahu maka kedua-dua pihak molek tahu keputusan Rakyat Malaysia di Perak. Kepada siapa mandat diberikannya.
Hasilnya, itulah gambaran nanti, keputusan PRU 13 untuk seluruh Malaysia.
Barisan Nasional semakin sukar untuk mendapat majoriti, malah menjadi minoriti paling hina di peringkat Parlimen. Serta bakal gagal mempertahankan kerajaan negeri sekarang, dan terus melepas peluang menawan semula kerajaan negeri Pakatan Rakyat.