BLOW - Pemimpin Kenapa Akhirnya Undang Balingan Kasut Dan Pancutan Di Kubor
0 Comments
»
ZiZi,
Cucu Tok Acheh Pedagang Cina
Ahli BLOW - Blogger WawasanPrima Maya Bloggers Network @ Selangor Malaysia
Wa jarang tulis pasal kematian pemimpin politik. Namun, kini wa nak tulis sekali. Sekadar peringatan kepada semua pemimpin politik. Terutama yang tua bangka tapi perangai teruk dan buruk.
Abah wa, Zainordin Mohd Ali, meninggal dunia pada tahun 1982. Sewaktu hayatnya dia beritahu wa: Insan yang baik nikmat akhirat dirasainya sejak di dunia lagi ketika hayatnya. Bila matinya jelas tanda kebaikannya.
Panjang lagi lah huraiannya.
Sekadar contoh, insan yang sukar nak mati, badan dah mereput tapi hidup lagi. Sembahyang jenazah, hanya 5 orang. Bila mati, kubur sempit dan digali semakin sempit. Sudah kebumi busuk pulak bau kuburannya.
Begitu. Fahamlah ya.
Insan yang mudah matinya, dan kematiannya membawa kebaikan pada ramai manusia. Solat jenazah ramai hadirinnya. Pengkebumiannya mudah dan baik adanya. Aroma wangi di persekitaran kuburnya.
Apapun pandangan peribadi, namun Allah jua Maha Mengetahui.
Al-Fatihah...
Dari Blog Dango Mamamat:
Monday, February 9, 2009
Gambar sekitaran pengkebumian
Allahyarham Tn. Hj. Roslan b. Shaharum
Banyak lagi foto dan pos menarik di sini:
http://jantantuya.blogspot.com/
Melihat gambar di atas, wa insaf
Semoga Allahyarham diredhai-Nya bersama hamba-Nya yang telah diredhai-Nya.
Kemudian wa terfikir kenapa ramai sungguh pemimpin politik yang bermula dengan niat yang baik, kemudian satu per satu bila meningkat usia, memilih untuk menjadi pemimpin yang buruk dan teruk.
Sudahlah tua bangka, dan mungkin disaat-saat penghujung kerjayanya, dia sudah layak mengundang supaya digeorgewbushkan, mungkin dengan terompah!
Usahlah buat tak semiak, sehingga ada anak cucu tak jeru kubor kelak, dan kalau ziarah pun bukan al-Fatihah disedekahkannya. Sebaliknya di situ jadi macam jamban..!
Semoga para pemimpin politik tua bangka ini sedar diri ketika masih ada hayat.
Apalah salahnya jadi pemimpin terbaik di Malaysia jikapun tidak di dunia juga.
Itu sahaja pesanan wa.