Gelombang Rakyat

BLOW - Pemimpin Negara Dan Pemimpin Media..! Nizar Manfaat Media Alternatif..! Malaysiakini

Johan Jaaffar
www.sindora.com.my
Zubli Zainordin




Di Malaysia, politik semakin rencam. Senario politik semakin ngeri.

Selepas setahun PRU 12 tidak banyak manfaat di perolehi Rakyat Malaysia, dari aspek sosyel dan ekonomi, kerana banyak aktiviti berpusat kepada perebutan kerusi dan pilihanraya.

Bagaimana setahun akan datang dan seterusnya?

Aktiviti yang sama memenuhi agenda politik Malaysia pada 2008, masih berterusan pada 2009.

Perebutan kerusi dalam UMNO.

Perebutan kerusi dalam MIC.

Pilihanraya di P 59 Bukit Gantang, dan N 25 Bukit Selambau. Mungkin juga di N 37 Bukit Lanjan.

Serta pilihanraya di Sarawak.

Ada lagi kah?

Ketika negara diterajui Abdullah Ahmad Badawi, kita pun sudah tahu pencapaiannya. Sebaiknya dia tidak lagi terajui apa-apa yang berkaitan Rakyat Malaysia dan Negara Malaysia.

Sementara itu, dijangkakan seterusnya Mohd Najib Abdul Razak akan terajui negara.

Dijangkakan ini ialah era politik paling dahsyat. Terutama sengitnya Mohd Najib Abdul Razak mempertahankan kerusi. Setakat ini, kemaraan Anwar Ibrahim pelbagai cara bakal disekat.

Buat masa ini molek dilihat susunan barisan "orang Najib", untuk memahami politik di Malaysia selepas Abdullah Ahmad Badawi. Yakni jika dia tidak berbohong perihal bersara awal.

Saya pos ini:

Najib's Politics - Anticipating His Team Of Leaders Soon

Di sini:

http://atotalblog.wordpress.com

Bloggawan seperti Mustafa K Anuar, telah mula melihat tradisi pertukaran pemimpin dan kepemimpinan negara disepadankan dengan pertukaran pemimpin dan kepemimpinan media.

Sila baca ini:

http://mustafakanuar.wordpress.com/2009/02/23/new-media-boss-in-najib-administration/

Berdasarkan itu kita sudah boleh menjangkakan banyak perihal media dan politik di Malaysia.

Di antaranya menjangkakan kawalan ketat media, sebagaimana disebut Mustafa K Anuar:

http://mustafakanuar.wordpress.com/2008/12/17/tighter-media-control-by-next-year/

Dari pelbagai aspek, media seumpama Pakatan Rakyat masih jauh serba-serbi.

Bagaimanapun, dalam ramai pemimpin Pakatan Rakyat, Muhammad Nizar Jamaluddin boleh diakui model kerjasama pemimpin dengan media alternatif, terutama bloggawan dan Blog.

Dari kefahaman itu, pada saya, perlu ada Pusat Media Nasional Pakatan Rakyat, yang jauh lebih mantap daripada sekarang.

Sementara itu, ketika barisan pemimpin mula disusun untuk menyokong Mohd Najib Abdul Razak, bakal ada pemimpin yang tidak disenaraikan.

Sukar dilihat dalam konteks itu, namun kita boleh mula perhatikan pergolakan dalam MCA dan MIC umpamanya.

Malaysiakini melaporkan:

chua soi lek pc on police report on ketuan melayu 031208



Dr Chua: Ugutan supaya saya 'tutup mulut'
Feb 23, 09 5:05pm

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyifatkan perbuatan mengedar semula DVD seksnya sebagai satu usaha untuk 'menutup mulutnya".

http://www.malaysiakini.com/

Semoga kita lebih memahami politik di Malaysia di era Mohd Najib Abdul Razak terajui negara.

2 comments:

ISA said...

Dha menjadi budaya mereka...

Gelombang Rakyat said...

Pak Chik ISA,

Butipudaya ye kan?