Gelombang Rakyat

BLOW - Perlunya Pemimpin Terbaik Untuk Rakyat dan Negara Malaysia..?

Cucu Cina AchehZiZi,

Cucu Tok Acheh Pedagang Cina

Ahli BLOW - Blogger Wawasan
Prima Maya Bloggers Network @ Selangor Malaysia

Selepas PRU 12, Rakyat Malaysia terus mengharap.

Namun...

Di satu pihak sudah tidak boleh diharapkan lagi.

Di satu pihak lagi masih menjanjikan harapan.

Dalam tempoh ini, jika ibarat di air, suasana ahli masyarakat di kalangan Rakyat Malaysia, seperti di penghujung filem Titanic sedang berlaku.

Ada yang tidak dapat diselamatkan

Ada yang dapat diselamatkan

Begitu juga, asas kehidupan Rakyat Malaysia, dalam keadaan ekonomi negara dan dunia.

Dalam pada itu pemimpin banyak tertumpu kepada perebutan kuasa dalam parti dan di antara Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat.

Dua pilihanraya kecil telah berlangsung. P 44 Permatang Pauh dan P 36 Kuala Terengganu.

Apakah tumpuan seterusnya pilihanraya kecil P 59 dan N 25 - 2 Bukit - Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Ekonomi negara bagaimana? Asas kehidupan Rakyat Malaysia bagaimana?

Rakyat Malaysia masih mahu pemimpin terbaik melalui politik mengusahakan perancangan ekonomi total supaya aspek sosial stabil dan maju.

Pada masa kini, dalam arena politik Malaysia, pemimpin masih berebut kuasa...

Dalam perebutan kuasa ini, nampaknya Rakyat Malaysia juga yang kena, dan terkena!

0 comments: