Gelombang Rakyat

BLOW - Permainan Pemimpin & Blogger Politik Kotor Parti Rasuah..!

Dulu parti ini ada nama. Cantik namanya. Kemudian dikatakan layu tetapi omputih bunyinya. Seterusnya, hilang Wow nya. Dikatakan menanti saat dikebumikannya. Kini parti ini sudah tiada. Nampak kulit di luar tapi dalam kosong. Kini merata di seluruh Malaysia, hanya dikenali sebagai rasuah.

Dak gitu labun Kulup Sakah!

Jahat kan..? Ye bang?

Padaku, ambil bunyi lalu dieja raswah.

Lagi pun ini parti dasarnya satu ras. Eksklusif ahli pasukan elitnya.

Jika ada pemimpin yang seperjuangan, keluar Lah dari raswah dan dari Be End. Zaman tidor, era lena sudah berlalu. Parti raswah dalam Be End sedang memasuki kancah politik paling kotor menjelang PRU 13.

Biarlah pos ini menjadi satu permohonan sekali sahaja. Muhyiddin Yassin, marilah bersama Pakatan Rakyat.

Dari Abdullah Ahmad Badawi, Mohd Najib Abdul Razak terutamanya, dan semua pemimpin lain dalam raswah dan Be End, kecuali Tengku Razaleigh Hamzah, sudah tidak berguna lagi. Harapan Rakyat Malaysia telah ditukarkan kepada taktik dan teknik politik kotor, bermula di P 36 Kuala Terengganu, dan sekarang membarah ke Bota, Perak. Bakal merebak seluruh Malaysia kelak.

Jika Muhyiddin Yassin dan Tengku Razaleigh Hamzah, tidak keluar sekarang, nilai dan kepemimpan mereka, akan tenggelam bersama lenanya Abdullah Ahmad Badawi, dan fantasinya Mohd Najib Abdul Razak.

Perhatikan ya, bila pemimpin parti main politik paling kotor, Bloggers yang menyokong mereka dan parti raswah ini turut main kotor, manipulasi teknologi untuk niat jahat.

BLOW - Blogger Wawasan, telah berpadu dengan Bloggers Network Malaysia, membariskan individu yang terbaik dengan niat yang suci, inginkan pemimpin terbaik, parti bersih, dan gabungan harmoni.

Ini ditemui dalam Pakatan Rakyat. PAS - Parti Islam Se-Malaysia, PKR - Parti KeADILan Rakyat, dan DAP - Democratic Action Party.

Hendaknya budaya dalam raswah tidak menjalar kepada diri pemimpin, struktur parti, dan organisasi Pakatan Rakyat.

Ini adalah kerana, bila nur haq disinarkan, semua yang bathil tenggelam dan tumbang juga.

Ingat Lah, bila Anwar Ibrahim dan semua rakan dalam Pakatan Rakyat, berhadapan dengan Mohd Najib Abdul Razak dan orangnya dalam Be End...

Bahawa kami sama ada di BLOW atau Bloggers Network Malaysia, turut berhadapan dengan Bloggers sama main kotornya di kalangan Bloggers penyokong totok raswah dan Be End. Mereka mudah dikenali, baunya busuk.

Kita bersatu!

BLOW, Bloggers Network Malaysia, dan Pakatan Rakyat.

Usah dirumitkan politik Malaysia dengan Third Force.

Cukuplah Be End dan Pakatan Rakyat...

Kami menyokong terbuka Pakatan Rakyat selagi pemimpin parti dan pakatan ini terus memanfaatkan Rakyat Malaysia.

Kami tolak raswah. Kami tolak Be End.

Jom!

Bersatu.

0 comments: