Gelombang Rakyat

BLOW - Rakaman Bualan Telefon - Perak Satu Precedent Untuk Misi Ke Putrajaya..?

Cucu Cina AchehZiZi,

Cucu Tok Acheh Pedagang Cina

Ahli BLOW - Blogger Wawasan
Prima Maya Bloggers Network @ Selangor Malaysia

Wa baca mesej ini:
Dan semalam, aku mendapat
beberapa rakaman perbualan telefon
di antara orang kita dengan X, Y, Z,
dan isterinya yang dirakamkan
secara rahsia.
Kami akan siarkan rakaman telefon ini
secara berperingkat dan belum pasti
sama ada ianya akan disiarkan
di Blog...
Soalnya, adakah Perak dijadikan precedent, dua pihak, Istana, dan apa hasil keputusannya?

Seterusnya, precedent itu membolehkan pembentukan kerajaan baru, dua pihak, Agong, dan boleh dijangkakan hasil keputusannya!

Masih besar gambarannya, dan baru sedikit nampaknya.

Jika para pemimpin tidak telus dalam hal ini, maklumat akan terdedah juga, melalui teknologi canggih, oleh individu dan kumpulan yang mahukan Rakyat Malaysia dimajukan dan negara Malaysia dimakmorkan.

Wa akan ikuti perkembangan ini, melalui Bloggers Network Malaysia.

InsyaAllah, kita dedahkan, supaya pemimpin, parti, dan pakatan terbaik sahaja ditampok teraju negara dan negeri...

2 comments:

ISA said...

Jika betul seperti yang direncanakan, baguslah....
Tetapi sesuatu perancangan yang besar tak perlulah dikecohkan dan dihebahkan
biarlah mencapai matlamat dahulu.

Ini seolah-olah memberi maklumat secara tidak lansung kepada pihak musuh untuk
mematahkan setiap perancangan. Walaupun SB dan MIO profesional, berita ini seolah-olah
mengesahkan syak mereka.... jika ada...

Inilah sikap gelojoh yang memakan diri.... pun begitu anggaplah ini semua hanya fantasi
bagi mengubat hati yang kecewa....

Masing-masing cuba nak menjadi HERO...

Gelombang Rakyat said...

ISA

Maafkan saya, belum siarkan teks sepenuhnya. Sayapun sedang kaji lagi.

Ianya pendedahan, saya lihat sebagai check and balance.

Benar, Rakyat Malaysia dan Negara Malaysia lebih molek jika bukan dipimpin UMNO dan BN.

Tetapi pemimpin, parti, dan Pakatan Rakyat, tidak boleh dibiarkan melakukan sesuatu untuk capai misi, sedangkan jika ia salahi undang-undang atau cara yang tidak betul, dan merugikan.

Kita tidak sokong.

Saya tidak nampak pendedah mahu jadi hero.

Jika pendedahan terbuka, diketahui pihak lain, niat yang jahat umpamanya dapat dibendung.

Apa yang diutamakan ialah, bila dua pihak berlaga, kita tidak mahu Rakyat Malaysia juga yang kena.

Jadi akan ada, "alamak, ada yang dah tahu dan rahsia ini telah terdedah".

Harapnya begitu.

Macam niat penswastaan IJN dulu. Rakyat menang.

Pendedahan dihargai...