BLOW - Rakyat Molek Dewasa Bila Pemimpin Politik Dah Macam Kebudak-budakan..!
ZiZi,
Cucu Tok Acheh Pedagang Cina
Ahli BLOW - Blogger WawasanPrima Maya Bloggers Network @ Selangor Malaysia
Dalam Pakatan Rakyat, para pemimpin ada yang tidak puas hati. Kita terima. Tidak puas hati ini boleh disuarakan dalam satu mesyuarat kepemimpinan tertinggi. Namun, telah ada rajuk yang diluahkan secara terbuka. Mediapun gembar-gemburkan dan ramai yang tahu.
Rajuk ini jika kecil tiada mengapa. Namun rajuk ini boleh membesar kerana ada kawan yang menyuara sokongan. Ada lawan mengambil kesempatan.
Paling tidak satu panggilan telefon. Atau satu perjumpaan melicin apa yang keromot.
Ini tidak berlaku.
Yang berlaku ialah menggunakan media seperti blog untuk menyatakan pandangan.
Boleh jadi budak-budak bila ada umpamanya dialog begini:
"Aku tak nak kawan kau lagi."
"Kau tak nak kawan aku tak apa. Aku ramai kawan lain."
Barangkali menyampah, ada yang kata, berundurlah semuanya pemimpin tertinggi itu.
Kemudian,
Kebudak-budakan ialah pemimpin yang hampir duduk di kerusi rebutan ramai. Syok duduk atas kerusi ini.
Dibeleknya buku sejarah lama. Kepemimpinan masa lalu. Pemimpin bukan orang lainpun.
Semacam ada, dan mungkin boleh berlaku, peristiwa sejarah lama berulang dan diulang kembali.
Bila itu terjadi, payah, memang susah. Memang sukar.
Bayang, seorang budak, yang rendah kurus chekeding saja. Seorang lagi budak, tinggi dan gemok.
"Jom! Mari ler kita lawan bertumbok kalau berani".
Budak itu diam.
"Kau penakut, tumbok lah aku kalau berani. Tumbok lah."
Kelihatan di sisi ada lagi 6 budak tinggi dan gemok.
Jika ada seorang Pak Cik lalu. Mungkin, selesai.
Sebaliknya, jika 6 budak-budak kecik dan chekeding lalu dan memberi sokongan...
Maka huru-hara, satu kampong boleh musnah.
Tanda-tanda yang memungkinkan negara pula huru hara:
01. Menteri Besar Perak sudah tidak berpejabat rasmi. Di pejabatnya ada Menteri Besar yang lain.
02. Dengan kuasa, perlakuan sedang dilakukan ke atas Harakah dan Suara Keadilan.
03. Berkumpul ramai provokasi supaya Istana menghukum para "penderhaka".
Ada lagi tidak lama lagi.
Semua yang membawa kepada pilihanraya tidak mungkin diadakan. Demokrasi dibekukan.
Bagaimana..?
Pada saya, Rakyat molek dewasa bila pemimpin politik sudah macam kebudak-budakan.