Gelombang Rakyat

BLOW - Reaksi Dan Respons Dalam Penuh Spekulasi..!

Cucu Cina AchehZiZi,

Cucu Tok Acheh Pedagang Cina

Prima Maya Bloggers Network @ Selangor Malaysia

Ahli BLOW - Blogger Wawasan


Apa sudah terjadi?

Itu soalan diajukan kepada wa. Wa kata beri wa masa...

Kita perlu dapatkan kebenaran. Kebenaran kini diselaputi spekulasi. Dan spekulasi dikaitkan dengan spekukasi.

Respons dan reaksi begitu banyak diseburkan dan bertaburan merata media.

Walau apapun, wa yakin yang benar tetap benar, yang palsu tetap palsu. Yang haq pasti tegak dan yang bathil tetap tumbang.

Pada masa kini wa nak faham dulu, kemudian wa akan nyatakan pendirian wa. Khusus dalam menjelaskan apa sudah terjadi. Ya, di Perak khususnya. Di individu dan tempat berkaitan.

Kini, jika sedih ada yang sedih. Dalam keadaan ini yang hingka mengilai bagai unka. Usah sengketa bawa petaka.

Kerana sebahagian sokong Barisan Nasional, sebahagian sokong Pakatan Rakyat, dan sebahagian tiada memihak.

BLOW tetap tegap tak berubah, terus mempastikan pemimpin, parti, dan gabungan terbaik kuasai Perak dan Malaysia. Rakyat Malaysia di Perak dan di seluruh negara mesti diutamakan.

Sabar, dan wa minta petunjuk dari-Nya.

Sama-sama kita saksikan apa yang bakal berlaku seterusnya...

2 comments:

Pak Oncu said...

Gua Caya Lu Beb,,,,,,,,,,,

Gelombang Rakyat said...

Pak Oncu,

Terima kasih.

Di saat begini, kita saling memerlukan, supaya kita tenang, dan nampak yang terjadi itu sepenuhnya. Total.

Beb, Lu gua Caya.