Gelombang Rakyat

BLOW - Semangat Perak - Budak Di Jendela - 30 Tahun Yang Lalu

Official Logo of Pan-Malaysian Islamic Party (...Image via Wikipedia

Cucu Cina AchehZiZi,

Cucu Tok Acheh Pedagang Cina

Ahli BLOW - Blogger Wawasan
Prima Maya Bloggers Network @ Selangor Malaysia

Budak di jendela.

Akulah budak itu. 30 tahun yang lalu. Aku masih ingat lagi. Ketika aku renung dari jendela rumahku, emakku sedang menumbuk sambal belachan untuk dicicah chekodok udang kering.

Jam di dinding tika itu menunjukkan 3:30 Petang. 6 Februari 2009.

Dari jendela ku melihat. Lalu aku jerit pada emakku.

01 Kontroversi:

"Emak!"

"Apa dia!?"

"MB Perak nak bubar DUN tapi tak dapat..."

"Diam ler kamu, usah masuk campor hal orang tua-tua.."

Mendengar itu aku diam.



02. Krisis

"Emak!"

"Apa dia!?"

"MB Perak disuruh letak jawatan..."

"Aku kata tak usah masuk campor hal orang tua-tua. Diam ler kamu tu."

Mendengar itu aku diam.



03. Keji

"Emak!"

"Apa dia!?"

"Perak ada 2 MB..."

"Ini hal orang tua-tua. Sampai masa nanti hendaklah kamu masuk campor. Faham?"

Aku menganggok.

Ini Perak Bumiku. Masuk campur hakku. Kini urusanku.

Itu 30 tahun yang lalu. Pagi ini, kereta meluncur laju. Bila sampai, pintu pagar dibuka. Guard di Gate, beri tabik hormat kepadaku. Dari dalam Camry aku mendengar...

"Selamat pagi MB..!"

Dari jauh kulihat bendera PAS - Parti Islam Se-Malaysia berkibar hampir jendela pejabatku. Tidak pernah ada bendera lain berkibar selepas kemenangan pilihanraya 30 tahun yang lalu.
Reblog this post [with Zemanta]

0 comments: