Gelombang Rakyat

BLOW - SPR Toloooong Lah Respek SPR Jikalau Nanti Wa Plak Tak Respek SPR..! Malaysiakini

Zizi - Cucu Tok Bebayang Acheh

Wa mintak ya ini SPR - Suruhanjaya PilihanRaya Malaysia, tolong Lah Respek SPR.

Wa kalau boleh tak mau jikalau wa pun dah tak respek SPR lagi.

SPR

- Cekap & Telus

Tak leh...

- Lembab & Bolos.

Kan?

Tapi, tadi wa baca semula laporan Malaysiakini:

Apa yang wa faham,

abdul aziz yusof spr by election bukit gantang selambau 120209 06dari pengumuman Pengerusi SPR Abdul Aziz Mohd Yusof,

bahawa:

01. Pilihanraya kecil Parlimen P 59 Bukit Gantang Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) N 25 Bukit Selambau Kedah akan diadakan serentak pada 7 April depan.

02. Tarikh penamaan calon pula - bagi kedua-dua kerusi tersebut - ditetapkan pada 29 Mac.

Wa keliru kenyataan ini:

Iya kata tarikh pilihanraya kecil tidak ada kena-mengena dengan perhimpunan Umno bulan depan.

Kemudian iya kata keputusan ini dibuat supaya semua selesa.

Tegak bulu wa. Ya, bulu roma kat telinga wa.

Berdesing!!!

Wa tanya ya, iya pertimbang dak, selesa UMNO, dalam keputusan semua selesa itu?

Atau, iya tak pertimbang ke, supaya semua selesa itu termasuk selesanya UMNO..?

Kan dah jadi payah tu.

Apa beza, wa makan roti itu, ngan, roti itu wa makan.

Di lain kali, kalau tarikh pilihanraya kena ngan tarikh kegiatan utama seumpama itu bagi PAS - Parti Islam Se-Malaysia, umpamanya, iya pertimbang dak selesa PAS, jika semua diputuskan supaya semua selesa.

Tok Bebayang Acheh, seorang daripada 4 Atuk wa, iya cukup halus sensitifnya jika ada pemimpin cakap bohong, atau selindung-selindung.

Biar cakap terang, tak apa. Beri alasan kukuh. Mata iya hijau. Kalau tukar merah mata iya, wa pun seram!

Jadi, wa terfikir gini, ayat membuat dan ayat bangun kena buat seperti berikut -

Ketika membuat keputusan perihal tarikh penamaan calon dan buang undi, SPR telah mengambil kira semua faktor dan telah pertimbangkan tarikh pemilihan pemimpin di Perhimpunan Agong UMNO. Keputusan supaya semua selesa ini, sama adil dan saksama jika parti lain telah tetapkan tarikh kegiatan seumpama itu.

Siapa boleh jawab ini, supaya wa sebagai Rakyat Malaysia boleh tima penjelasan terbaik, tepat, dan benar...

0 comments: