BLOW - Sujud Mohon Petunjuk-NYA - Rakyat Untung Ada Atau Tidak Ada Pilihanraya N 14 & N 59
Perak negeri wa. Malaysia negara wa. Dalam negeri dan negara, ada Rakyat Malaysia. Wa pun. Jadi wa sujud ke hadrat-Nya, wa mohon petunjuk-Nya.
Penting bagi wa, Rakyat Malaysia untung ada pilihanraya kecil di N 14 Changkat Jering dan N 59 Behrang.
dan
Sama penting bagi wa Rakyat Malaysia untung tidak ada pilihanraya kecil tersebut.
Wa nengok balik. Apa sudah berlaku dan kat P 36 Kuala Terengganu, Rakyat Malaysia untung.
Wa harap sangat, apa akan berlaku kat N 14 Changkat Jering dan N 59 Behrang, sama gak Rakyat Malaysia untung.
Rakyat Malaysia sama Negara Malaysia macam nak jadi elok balik, bila pemimpin, parti, dan pakatan semakin bagus. Pemimpin, parti, dan gabungan buruk semakin teruk dan akan lenyap.
Macam mau kasi bersih. Perak pun akan dikasi bersih. Kotoran akan lenyap.
Istana tetap unggul. Sultan berperanan. Baginda prihatin Rakyat Malaysia di Perak Darul Ridzuan.
Mohd Tajol Rosli sudah jumpa. Muhammad Nizar Jamaluddin pun sudah jumpa.
The Malaysian Insider melaporkan:
Nizar gets ‘royal nod’
for by-elections,
no need to dissolve assembly
KUALA LUMPUR, Feb 2Sepenuhnya di sini:
http://www.themalaysianinsider.com/
Bahang ini sudahpun dilaporkan awal Mat Saman Kati di Blognya PerakExpressCom:
Hangat di Perak
By matsamankati Hari ini ada tiga perkara penting berlaku. Satu, pertemuan MB Nizar dengan Sultan Perak. Dua, sidang media Fauzi Muda, dan ketiga, Mesyuarat PKR.
Satu….
Aku cuba juga tunggu kot-kot ada berita dari Malaysiakini atau dari Bernama tentang apa yang dibincangkan oleh Nizar dengan Tuanku Sultan. Tapi tak dak. Saja aku tunggu pasai kalau aku dulu pecah lubang, orang kata aku saja buat cerita. Tapi pasai sapa pun tak cerita, dan aku pun dah tak larat nak beli top-up pasai masing-masing dok tanya…aku kena cerita jugak.
Pagi tadi Nizar mengadap Sultan. Perkara utama yang dibincangkan ialah kesahihan (validity) surat perletakan jawatan dua ADUN PKR. Baginda Sultan Perak adalah bekas Ketua Hakim Negara. Kalau baginda kata surat tu tak sah..melopong la Nizar. Tapi apabila baginda bersetuju bahawa surat itu sah dan boleh diterima….maka bersedia lah dengan pilihanraya kecil. Dan petang tadi, Anwar, Dr. Haron Din, Nizar ada bermesyuarat. Apa yang dibincang tak tau la, tapi berkisar dengan pilihanraya kecil. Dan apabila mesyuarat PKR petang tadi menyuruh semua jentera pilihanraya bersiap sedia…faham-faham la.
Sekarang ni, cuma tunggu apa SPR kata. Esok SPR akan bermesyuarat dan tunggu keputusanya. Dipihak PR, kita bersedia dengan pilihanraya kecil di Changkat Jering dan Behrang, TAPI KALAU SPR TIDAK MAHU MENERIMA SURAT PERLETAKAN JAWATAN ITU, DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK AKAN DIBUBARKAN.
Wa sama yang lain-lain, molek siap sedia...
ZiZi,
Cucu Tok Acheh Pedagang Cina
Ahli BLOW - Blogger WawasanDan
PrimaMaya Blogger Network @ Selangor
http://selblognetmy.blogspot.com